Fly to KL..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Urmm..Kira2 dua hari lepas,sya n family ke Kuala Lumpur..Sya tahu,ramai dah yang berjaya menjejakkan kaki di KL ini tapi,bukan itu yang sya nak ceritakan.Haa,jom baca.Actually,trip sya dan family kali ini tak berjalan dengan baik seperti selalu.Bermula dari hendak bertolak ke airport hinggalah tiba di Kuala Lumpur..

Sewaktu hendak bertolak ke aiport

Dah siap2 letakkan barang yang hendak dibawa kedalam bonet kereta,kitorang bersalam-salam dengan saudara2 terdekat yang turut berada disana.Apabila selesai,kitorang pun mula bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud..Suasana didalam kereta sunyi-sepi sehinggalah Ummi mengkhabarkan yang surat beranak Adik Yah dan Adik Asyraf tertinggal dirumah..Tidak cukup dengan itu,Kak Dibah juga tertinggal kad pengenalannya dirumah..Astaghfirullah,inilah padahnya apabila berada dalam keadaan kelam-kabut.Mujur saja sya tidak turut tertinggal sya punya kad pengenalan..Aboh yang memandu waktu itu mendengus lalu berpatah-balik ke rumah..

Sewaktu hendak masuk ke Dewan Pelepasan

Seronok sangat2 bila dah sampai airport tu..Masing2 dah berangan-angan nak pergi shopping situlah sinilah.Kak Lah dan Abe Faisal sedang berada di meja pendaftaran untuk mendaftar nama dan mengambil Boarding Pass.Kitorang yang selebihnya menunggu dihadapan pintu masuk ke dewan pelepasan.Penumpang2 yang lain sudah menunngu dalam dewan pelepasan.Kitorang menunggu Kak Lah dengan penuh sabar sehinggalah diberitahu yang kapal terbang akan tiba dalam masa 4 minit lagi.Sya berlari-lari anak ke tempat Kak Lah.Satu-persatu kad pengenalan disertakan dengan boarding pass dihulurkan kepada kami.Sehinggalah boarding pass terakhir dihulurkan.Namun,boarding pass untuk Kak Lah tidak dihulur.Kad Pengenalannya masih berada dihadapan komputer pengurus tersebut."Syarifah Asilah.."kata pengurus itu."Ya,saya.."jawab Kak Lah spontan."Dah booking tiket ke..?Minta maaf tapi nama kamu tidak disenaraikan di senarai penumpang kami..Yang ada hanyalah Syed Ahmad Akram"kata pengurus itu lagi.Air muka Kak Lah terus berubah dan matanya mula berair.Dia mengimbas kembali sewaktu membooking tiket.Dan benarlah,tiketnya tidak ditempah kerana diingatkan dia tidak dapat ikut sama ke KL tetapi,apa yang terjadi sebaliknya.Syed yang akan menghadapi PMR tidak lama lagi yang tidak dapat ikut sama.Sya segera memberitahu Ummi n Aboh.Mereka berdua tersentak apabila dikhabarkan tentang hal itu.Alhamdulillah,semuanya dapat diselesaikan dan kami masuk ke dewan pelepasan bersama Kak Lah yang masih terkejut akan kejadian tadi..

Di atas kapal terbang

Sya dan Dik Yah duduk bersebelahan dengan seorang warga cina.Dik Yah yang tak mahu duduk jauh daripada Ummi menangis teresak-esak dan membuatkan warga cina tersebut tidak selesa.Sya yang sedang mengamati keindahan alam yang dapat dilihat dari atas kapal terbang tidak sedar akan hal itu.Sya sedar setelah diberitahu oleh Kak Dibah yang berada tidak jauh dari kami.Sya cuba tenangkan Dik Yah dan alhamdulillah,Dik Yah berhenti menangis juga akhirnya.Sya duduk betul2 tepi tingkap dan berpeluang melihat kepulan awan putih yang membuatkan sya seperti berada di kayangan.Tidak lama kemudian,kapal terbang yang dinaiki mula bergoncang perlahan.Ia seperti tidak stabil apabila ianya bergerak keatas dan kebawah.Sya mula panik dan beristighfar sebanyak-banyaknya.Mata sya dipejam rapat dan cuba mengetepikan fikiran negatif yang terus-menerus berlegar difikiran sya.Situasi cemas itu semakin mendebarkan penumpang2 apabila kapal terbang itu bergoncang kuat seakan-akan hendak terhempas.Penumpang2 berteriak serentak menghadapi situasi tersebut.Namun,dengan kekuasaan Allah,kitorang tidak apa-apa dan selamat mendarat.

Semasa hendak ke KL Sentral

Kitorang menaiki LRT dari KLIA untuk ke KL Sentral.Sebelum sampai ke stesen kl sentral,masih ada tiga lagi stesen yang dilalui oleh LRT tersebut.Kitorang excited habis sebab dapat naik LRT tu.Dah lama betul kitorang tak menaikinya.Terasa baru beberapa minit duduk dalam LRT tu tetiba,ada announcement mengatakan yang kita kini dah sampai ke Putrajaya (cyberjaya) dan menuju ke KL Sentral.Kak Lah tak mendengar dengan betul dan kata yang kita dah betul-betul sampai di KL Sentral.Ummi masih teragak-agak hendak turun dari LRT itu namun,yang lain lebih mempercayai Kak Lah yang sudah berpengalaman hidup di negeri KL.Kerana kesangsian Ummi,kitorang pun bertanya kepada pengawal yang berada di tingkat atas stesen itu.Katanya,disini ialah stesen Putrajaya."Ya Allah..Betullah apa yang ummi agak"kata ummi kecewa kepada Kak Lah.So,kitorang terpaksalah menunggu LRT lain yang melalui stesen itu.Kata salah seorang pekerja disitu,LRT terakhir yang akan melalui stesen itu ialah pada pukul 1:15 pagi.Tunggulah kitorang disitu sehingga LRT tiba..

Oklah..Dah panjang sangat dah post Sya kali ni.Itu sahaja kot beberapa kejadian yang berlaku disana dan sya ingin kongsikan dengan kawan2.That's all..Wassalamualaikum..

No comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.