Rumah Terbuka..!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kelmarin sya n family adakan jamuan rumah terbuka sempena Hari Rayalah konon-kononnya biarpun syawal dah tamat.Ummi sya takde masa terluang.Asyik busy sepanjang masa.That's why,kitorang adakannya lambat sedikit.Ramai juga orang yang datang..Sepupu-sepapak pun turut datang mengunjung ke rumah..Sukanye..!Tapi,masa jamuan tu,takde sorang pun kawan sya yang datang..Yang dijemput,ramai..Cikgu-cikgu pun ramai yang tak dapat datang..Yang datangnya dua orang saja..But,sukalah juga cause ada yang sudi datang.Kira hantar wakillah tu..Banyak menu yang dihidangkan pada hari tersebut.Tidak ketinggalan juga menu yang semestinya ada iaitu,rendang..!
Rendang buatan nenek sering menjadi kegemaran ramai dari kalangan anak2 dan cucu-cucunya..Para tetamu yang datang juga tidak melepaskan peluang untuk merasai menu special hari itu.Suasana hari itu taklah semeriah yang sebelumnya cause ramai yang tak dapat datang..
Tetamu tak putus-putus dari jam 12 tengahari hingga kira-kira jam 6 setengah..Fuhh,mahu tak penat?Bila dah takde tetamu tu,yang lain terus baring2 tak kira atas lantai,atas sofa or anything else..Yang penting dapat rehatkan badan sekejap..Ada juga yang terus tertidur atas karpet..Hehe,lucu juga tengok diorang ni..Sya apalagi,terus naik ke tingkat atas,masuk dalam bilik and??Terus tidur atas katil..!Ngee..Lain daripada yang lain ni..
Last but not least,adik datang kejutkan.Katanya Sofiyyah a.k.a kawan lama sya datang kerumah..Sukanya..! Ada juga kawan yang datang walaupun dia tak satu sekolah dengan sya lagi.Dengan muka yang tak dibasuh,sya terus turun selamba badak camtu je..Haissh..!Anak dara siapalah ni..Sya berbual-buallah dengan dia..Tanya khabar kawan sya yang turut bersekolah dengannya and more..Sebelum balik dia sempat mengambil cenderahati yang ikhlas diberi oleh ummi..Bila dia dah balik,mood sya untuk tidur semula lesap..Sya pun tak tahu kenapa..
Kitorang juga dapat kejutan daripada satunya-satunya anak teruna kandung ummi..Abang Syed ada telefon Ummi kira-kira dua hari sebelum hari jamuan diadakan..Dia tanya ummi sama ada perlukah dia pulang atau tidak perlu?Ummi kata tak perlu sebab ummi nak dia fokuskan tentang pelajaran memandangkan ujian PMR sudah dekat..Ummi bercadang hendak menjenguknya apabila selesai jamuan tu nanti..Kemudian,tetiba je ketika jamuan hampir selesai,Abang Syed menelefon dan memberitahu agar ummi tak usah pergi menjenguk dia hari ni.Katanya,besok-besok ajalah..Ummi pun setujulah memandangkan badan dah terasa letih..
Then,sedang ummi asyik berbual dengan rakannya,Kak Lah bernyanyi sendiri,Syed balik,Syed balik..Ummi terus berpaling kearah pintu pagar utama dan terlihatlah anak terunanya yang berpakaian segak seperti orang baru pulang dari luar negara..Bak kata Kak Lah,bakal menjadi orang yang akan pulang dari luar negaralah tu..Abang Syed terus bersalaman dengan ummi..Ummi memeluk erat anakandanya..Terharu sangat..Kata ummi,setiap kali ada jamuan hari raya pasti ummi akan diberi kejutan.Seperti tahun lalu,Aboh lah yang setia memberikan kejutan yang cukup bermakna buat ummi..
That's all yang Sya dapat kongsikan,Wassalamualaikum..
No comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.