From Indonesia With Love..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dah lama benar tak tulis post ya..Entah kenapa jari-jemari sya terasa begitu malas hendak menekan keyboard ni..Hurmm,just forget about it.Yang pentingnya sekarang,sya dah kembali untuk berkongsi cerita2 baru dengan kengkawan..
Baru-baru ini sya n keluarga ada pergi melancong ke Padang,Indonesia..Yang merancangnya,parents sya..Sya tak tahu apa-apa pun pada mulanya..Sehinggalah ummi memberitahu tentang perancangan tersebut.Disebabkan tiada perbincangan terlebih dahulu,tarikh yang ditetapkan untuk ke Padang ialah tarikh dimana Sya akan menghadapi peperiksaan UPSRI manakala Peperiksaan Akhir Tahun bagi Kak Dibah n Dik Yah..Aiyoo..Tapi,apa boleh buat?Tiket dah pun dibeli..
Ummi terpaksa mengambil keputusan
Menurut ummi,Adik Asyraf tidak dapat ikut sama kerana umurnya yang masih kecil..So,passportnya tidak diluluskan..Aik,betul ke?Wanna know?Bacalah post ni sampai habis.Kitorang pun cam tak puas hatilah dengan apa yang diberitahu ummi.Haissh,semuanya menyalahkan orang yang tidak meluluskan passport adik..Masing-masing duk marah-marah,aiyoo,macamlah orang tu dengar kan.But,kalau dah melibatkan emosi,semuanya boleh terjadi..
Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba.Kitorang bersiap-siap awal pagi kerana merancang untuk sampai di KL dengan sebelum larutnya malam..Menurut perancangan,kitorang akan ke KL secara berkonvoi dengan memandu dua buah kereta..Almaklumlah,jumlah keluarga sya ni bukannya sedikit.Ditambah lagi lagi dengan barang-barang yang bertimbun.Apa tidaknya,beg sorang2 besar macam dah tak ingin balik..Hurm,inilah akibatnya kalau bilangan orang perempuan melebihi yang laki-laki..
Kitorang sampai di KL ketika malam sudah mahu melabuhkan tirainya..Dengan keadaan masing-masing yang terlentok sana-sini,buku ntah terpelanting kemana n macam-macam gaya yang ada..Hanya Adik Asyraf yang tidur kaku sambil dipangku ummi..Adik Asyraf?Yup..Itulah Adik Asyraf yang diketahui tidak ikut bersama..Ummi sebenarnya ingin memberikan kejutan untuk kitorang..So,ummi sorokkan perkara ni..Yang anehnya,macam mana yang lain juga turut serta dalam drama ni?Haisshh..Dah tak penting semua tu..Masa sya dapat tahu yang Adik Asyraf dapat ikut sama,hurm memang bersorak habis-habisan..Cepat-cepat sya bagitahu Kak Dibah tentang perkhabaran itu..Abang,adik dan kakak2 yang lain semuanya bersorak melainkan Kak Lah,Kak Pi,Abe n Ummi yang sudah mengetahuinya dan menjadi dalang kepada semua ini..And the most funniest is,Aboh sya pun tak tahu tentang hal ini..!Haha..
Kitorang bertolak ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) seawal jam 5 pagi kalau tak silap sya..Sampai di airport kitorang terus check in bag n apa semua.Kitorang menanti flight di dewan perlepasan sambil berposing-posing mengambil gambar..Excitednya kitorang sampai tak ingatkan dunia.Orang2 disekeliling jangan harap akan ditegur..Jeling pun tak nak..Aissh..!
Kitorang sampai di Airport Minangkabau,Padang sekitar jam 7 pagi di Malaysia n 8 pagi disana..Terasa janggal jugalah dengan keadaan airportnya yang serba sederhana..Air conditioner langsung tidak kelihatan.Anyways,kitorang gembira sebab selamat tiba n kitorang pasti akan enjoy trip kitorang kali ini..Dah lama betul kitorang tak pergi melancong ke luar negara.Pelancongan kitorang ke Indonesia sudah dua kali termasuk yang ini.But,yang trip pertama,kitorang ke Jakarta not Padang..So,kitorang tak tahu bagaimana keadaan di Padang ni.
Ummi telah menempah pakej Tourist Couch agar perjalanan kami akan jadi lebih mudah dan tidak sesat.Kami akan dibawa ke tempat2 yang bersejarah dengan menaiki kenderaan yang disediakan.Tempat pertama yang kami tuju ialah Soto Angkasa dimana kami dapat mengisi perut yang sudah lapar minta diisi..Makanan utama disini ialah Nasi Soto.So,kitorang trylah menu utama gerai tersebut..Boleh tahan juga rasanya..Selesai makan,kitorang menyambung kembali perjalanan ke Air Terjun Bukit Tinggi..Kami mengambil gambar disana..Kata salah seorang daripada tourist coach tu,Air Terjun Bukit Tinggi ni tak pernah kering walaupun cuaca panas..That's why Bukit Tinggi tak pernah mengalami musim kemarau..Subhanallah..
Kitorang pergi lunch di Restoran Pak Datuk..Di sini terdapat pelbagai hidangan yang enak-enak..Kitorang makan dengan penuh berselera dan berjaya menghabiskan semua hidangan yang disediakan..Hooray..!Then,kitorang kembali ke dalam kenderaan and continue our journey to Muzium yang lebih dikenali Muzium Minangkabau..Terdapat pelbagai barangan antik disana..Kitorang turut diperkenalkan dengan serba sedikit tentang sejarah rumah tersebut.Macam2 sejarah yang terlekat di rumah minang ini..
Di tingkat bawah rumah,kitorang berpeluang memakai pakaian tradisional orang2 minangkabau di zaman dahulu kala..Cantik2 bajunya..Sya rasa cam tak nak tanggalkan aje baju tu..Tapi,its impossible..And now,time to shopping..!Yeah..Kitorang dibawa ke Butik Sulaman Putri Minang dimana terdapat pelbagai jenis corak sulaman tangan pada kain-kain yang ada disana.Ia adalah salah satu perkara yang dapat menarik pelancong untuk kesana.Selepas selesai membeli,kitorang pun dibawa terus ke hotel memandangkan badan sudah terasa penat..
Malam itu kitorang makan malam di Gon Raya..Makanan dia cukup sedap *thumbs up*..Selepas makan,kitorang dibawa pulang ke hotel.Sya,Kak Dibah,Adik Yah n Adik Asyraf mengikut ummi ke butik manakala yang lain ke expo yang jaraknya tidak jauh dari hotel..Ummi membeli sepasang dua kain yang coraknya disulam untuk dijadikan baju kurung..Then,kitorang pulang ke hotel n tidur dengan nyenyaknya..
Keesokan paginya kitorang breakfast at hotel kemudian kitorang pi shopping at Linduang Bulan.Syok banget..!Hehe..Banyak betul yang kitorang belanjakan kat sini.Lebih kurang dua jam kitorang berada disana..Fuhh..Dah selesai,kitorang pun pi?Pi mana lagi?Pi lunch la kat Pondok Salero Keluarga..Makanan kat sini pun sya bagi *thumbs up* again..Hihi..
Then kitorang balik ke hotel..Rehat2 n more..Keesokan harinya kitorang dah bersiap untuk pulang ke tanah air..Semuanya berjalan lancar dan kitorang selamat tiba di KLIA..Alhamdulillah..That's all..Tangan sya pun dah lenguh..Oklah..Wassalamualaikum n Bye2..
Mahu tak malas jari-jemari nak kerapkan berkongsi cerita?Sekali tulis post memang tak sah kalau tak panjang berjela-jela.Hihi..Sori sangat..Habis,cerita ni panjang sangat :p..#Hurmm,nak mengelak je tahu kan?Hihi..
No comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.