Mengapa kita perlu bangkit saat diuji ?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Bismillahirrahmanirrahim


“Telah tertulis suratan nasibmu

Derita buatmu ada hikmahnya

Terlukis senyum di bibir lesu

Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu

Mungkinkah jernih di muara

Biarpun jenuh hidup dipalu

Pasti bertemu tenangnya “

# Lagu Segenggam Tabah dari kumpulan In Team. #

Baiklah, berapa orang yang sekarang ini sangat-sangat mengharapkan kekuatan hadir dalam setiap langkah kehidupannya?

Senyum segaris tanpa manisan. ^_^

Terima kasih untuk senyuman yang indah itu.

Kalian yang di kasihi. Percayalah. Hidup ini bukan untuk kalian senang-lenang berlepas dari ujian Tuhan. Sungguh.

Nak bukti? Nah..

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun ( Surah Al-Mulk, ayat 2)

Dalam kita jatuh gedebuk-gedebuk dengan ujian inilah Allah nak tengok lagi siapa yang paling baik amalnya. Malah tiada pula escapism yang Allah berikan.

Kerana apa? Pasti semua pun tahu kan jawapannya?  Baik, saya simpan dahulu jawapan saya.

Dahulu, tatkala Nabi di utuskan menjadi Rasul, kita dapat lihat kan betapa banyak dugaan dan cabaran serta tentangan yang di hadapi oleh Baginda.

Saat itu, apa yang Baginda lakukan? Duduk diam sahaja? Atau pergi menemui oleh Allah untuk menarik semula ‘jawatan’ baginda?

Ya. Sudah pasti tidak, bukan.

Dahulu juga, Nabi Muhammad saw juga telah tahu bahawa Baginda bakal menduduki SYURGA nan ABADI. Adakah Baginda turut duduk sahaja tanpa ibadah dan berlepas tangan pada tanggungjawab Baginda?

Ya. Tidak, bukan.

Maka, siapa lagi role model yang kita perlu contohi saat kita diuji ini?

Ya, sila tepuk dada dan tanya iman sekarang.

Setiap ujian yang datang dalam hidup kita ini adalah nikmat.

Percayalah, saat kita memandang ujian itu sebagai nikmat, kita akan berlapang dada mengharungi setiap ‘titipan cinta’ itu dari Dia.

Bukankah saat kita diuji itu kita akan semakin hampir dengan Dia. Maka, apa lagi yang lebih indah dari itu saat kita berkasih dengan Si Pencinta yang abadi?

Maka, bangkitlah kalian semua dari ujian yang kalian hadapi. Kita hidup di dunia ini hanya sementara. Semuanya kita akan dapat balasan di akhirat sana.

Ingat akan sesuatu.. Saat kita melakukan pertimbangan dalam setiap ujian yang kita hadapi… Kita menimbangi atas neraca apa. Manusia atau Allah?

Jika kita memandang semua kejadian ini atas ketentuaNya, Maka damailah hati. Kerana Dia lah yang menghendaki siapa yang diuji dan tegar menjalani ujian hati dariNya.

Senyumlah wahai hati kesayangan Allah. Kerana SYURGA itu MAHAL. Dan hanya layak bagi mereka yang SABAR.
Credits : AkuIslam.com

No comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.