Diari Seorang Musafir :)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat sejahtera belaka . Sihat tak ? Alhamdulillah . Yang sihat , Alhamdulillah . Yang sakit pun , Alhamdulillah . Ingat , Sakit Itu Kaffarah Dosa . Syukur . Diari seorang musafir ? Ye , it was the best title * maybe * . Sebab sya dah tak nak cerita panjang . Cerita yang mana sya rase perlu dan sya rase perkara tu perlu dikenang . This is my diary . Right ? So , its up to me-lah kan3 ? Hehe . Let's start it .
Bismillahirrahmanirrahim .
Selasa , 4/02/2014
Sebelum maghrib - Bertolak dari rumah ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud .
9:10 malam - Berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke KLIA
10:35 malam - Tiba di KLIA .
12:49 malam - Ade dalam surau . Tunaikan solat Isyak dan Maghrib * Jama' dan Qasar * . Alhamdulillah dikurniakan rukhsah solat . Masih menunggu flight . Flight berlepas dalam pukul 3 pagi . Surau die punyalah jauh . Siap kena tutup lagi . Dengan tandas2 sekali ditutupnya . Ade ke patut . Apa motif ? Hurmm . mungkin bimbang ade kecurian or else * Husnudzon * .
Rabu 5/02/2014
2:32 pagi - Tengah menunggu di depan platform untuk menaiki Aerotrain untuk ke kapal terbang . Tak ada orang mana pun . Yang ada pun 2-3 orang je . Yang lain semuanya kami . Kiranya , kitorang konker-lah ni ! Hehe .
2:56 pagi - Berada di atas kapal terbang Etihad Airways * first time naik flight yang satu ni * . Canggih bebenor diorang punya alatan . Selesa lagi . Pilihlah Etihad Airways selalu * Iklan jap * . Ngee . Get ready for 9 hours journey ! InsyaAllah selamat . Bismillah .
11:45 pagi - Alhamdulillah selamat tiba di Airport Abu Dhabi . Transit kat sini selama tiga jam . Hurmm . Diorang punye airport besar kemain * jeles * .
1:39 pagi ( waktu Malaysia ) - Ada dalam Departure Hall . Tengah tunggu giliran untuk boarding . Ade pengawal yang jage kat pintu masuk kat Departure Hall tu putih2 melepak belaka . Tapi tak murah senyuman . Tak suka laa orang yang kedekutkan senyuman ni . Tapi takpe , Husnudzon . Mungkin itu dah protokol kerja dia . Waitingg untuk berlepas ke Mesir . Bumi para Anbiya' . Wahh * excited * .
1:51 pagi ( waktu Malaysia ) - Ade dalam kapal terbang . Masih setia dengan Etihad Airways . Tpi yang ni , design kerusi die lain sikit and one more , tv die warna putih . Yang tadi warna kelabu . Hehe * saya tahu itu tidak penting * .
6:57 pagi ( waktu Malaysia ) - We're at Cairo ! Alhamdulillah3 . Alhamdulillah Ya Allah :') . First expression bile sampai di Cairo . " Aik ? Kenapa xde salji nih ? " Haa , jeng3 . My sis said , " Huh , percayakan sangat . Omong2 kosong je belaka tuh . Takde salji2 nye . Satu hari 'tu' je turun salji " . What ?! * hampa * . T__T
Temperature : 16 celcius . Yeah , macam suhu aircond . Tapi lebih sejuk sikit .
9:52 malam ( waktu Malaysia ) - Ada di rumah sewa kakak di Cairo . Kitorang bermalam kat sini selama seminggu . Seminggu lagi kitorang akan terbang ke lain pula * secret *. InsyaAllah .
8:22 malam ( waktu Malaysia ) - Ade kat luar rumah . Ready to go shopping . Sejuk sampai menggigit tulang ! * trembling * Grrr . Tapi kebanyakan orang kat sini tak macam kitorang . Berbungkus dengan jaket . Diorang takde pun . Selamba je pakai baju nipis . Takdenye nak terketar-ketar macam kitorang . Mungkin dah terbiasa . Well , kulit orang Malaysia lain . Tak gitu ?
11:57 malam ( waktu Mesir ) - Ada dalam teksi . Otw nak balik ke rumah penginapan kami * kui3 * . Penat yang amat + mengantuk yang ter-sangat . Bayangkan , kalau nak dikira , sekarang ni kat Malaysia jam 5 pagi lebih kurang . What a drastic change . Mestilah badan kitorang shock . Tetibe je tuan die tak tidur satu malam . Kan3 ? Okey , Goodnight * biarpun orang Malaysia dah bangun tidur * . Hihi .
Khamis , 6/02/2014
7:35 malam ( waktu Malaysia ) - Tengah bersiap-siap nak pergi shopping di Hussein . Hehe . Ni yang kami suke ni .
10:26 malam ( waktu Malaysia ) - Ready to go shopping . Lewat sebab kakak kena pergi rehearsal die dulu . Hari ni hujan turun renyai-renyai . Sejuknye Allah saje yang tahu .
10:48 malam ( waktu Malaysia ) - Kitorang tiba di Hussein . Alhamdulillah .
11:10 malam ( waktu Malaysia ) - Berhenti shopping di kedai beg kulit . Haih , aboh memang pantang kalau tengok barangan kulit ni . Terus jatuh cinta . Hihi .
1:55 pagi ( waktu Malaysia ) - Siap ber-shopping .
2:22 pagi ( waktu Malaysia ) - Tiba di rumah penginapan .
Hari Khamis ni seharian kitorang duk kat Pasar Hussein . Besar jugak . Penuh bebenor orangnye .Penat Ya Allah . Penat berjalan , penat lagi dengan karenah orang2 Mesir ni . Suasana diorang punyelah bingit. Bandar diorang padat . Dan satu yang sya tak boleh nak tahan , diorang suka hon . Kat mana-mana pun nak hon . Tak kira tempat . Sedih sangat T.T . Asal naik teksi aje , mesti pening kepala . Diorang bawa kereta pun laju semacam . Tapi , sya tak pernah nampak ade accident . Hurmm , yang satu ni sya kagum * thumbs up * .
Semalam , selepas tiba di rumah , Ummi kate jangan tidur lagi . Ada suprise . Hehe . Tapi kena tunngu Kak Poh ade dulu . Biar semua ada . Haa , bile semua dah ade , Ummi kate nak ucap birthday to someone . Tapi takde kek . Just give our birthday speech . Tapi kitorang pelik , birthday sape pulak ni . Antara semua adik-beradik kitorang , takde yang birthday-nye 6/02 . Haa jeng3 . Kitorang pun layankan aje . Bersila bagai kat ruang tamu * kononnye excited nak bagi ucapan* . Hihi . Lawak pun ade .
Hari Khamis ni seharian kitorang duk kat Pasar Hussein . Besar jugak . Penuh bebenor orangnye .Penat Ya Allah . Penat berjalan , penat lagi dengan karenah orang2 Mesir ni . Suasana diorang punyelah bingit. Bandar diorang padat . Dan satu yang sya tak boleh nak tahan , diorang suka hon . Kat mana-mana pun nak hon . Tak kira tempat . Sedih sangat T.T . Asal naik teksi aje , mesti pening kepala . Diorang bawa kereta pun laju semacam . Tapi , sya tak pernah nampak ade accident . Hurmm , yang satu ni sya kagum * thumbs up * .
Tunggu punye tunggu , Ummi pun bagi la satu sampul putih setiap sorang . Hah , guess what ? Kitorang dapat duit belanja untuk berbelanje kat Mesir . Alhamdulillah . Rezeki kitorang . Terima kasih Ummi dan Aboh . Dah selesai bagi sampul , kitorang pun beredar masuk bilik . All of us gather in one room . Masing-masing berangan nak beli macam-macam . Then , Ummi datang duduk bersila kat kitorang . For the second time , Ummi said she have something to tell us . Okey , kitorang pun ramai-ramai tadah telinga . And this is what Ummi says :
Okey , oleh sebab Ummi dah bagi duit untuk semua , meh sini Ummi nak bagi nasihat sikit :
1) Kena bersyukur . Dah kalau orang bagi tu , jangan merungut lagi . Bersyukur .
2) Jangan suka membazir . Ini tak , nak pakai barang-barang yang berjenama aje . Padahal same aje brand ke tak . Tak salah nak beli yang brand punye , tapi tunggulah ade sale dulu ke . Janganlah membazir sangat . Bukannye boleh pakai untuk selama-lamanya pun . Nanti rosak juga .
3)Kena sentiasa bersedekah .
4) Jangan kedekut . Especially dengan :
a. Kedua ibubapa
b. Pasangan kita nanti
c. Adik-beradik
Pesanan Ummi : Tak rugi sedikit pun kalau kita rajin bersedekah sebab nanti , InsyaAllah kita akan dapat balik rezeki kita . Berganda-ganda lagi Allah bagi . Yang pentingnye kita Ikhlas .
Terima kasih Ummi . InsyaAllah , nasihat Ummi akan Anis pahatkan dalam hati dan minda Anis dan akan Anis amalkan . InsyaAllah . Anis cinta , sayang , kasih Ummi untuk selamanya . InsyaAllah .
Okey-lah , itu aje rasenya pengalaman yang sya yang sya rase perlu dikongsi . Lagi 3 hari kitorang duk sini , kitorang tak banyak berjalan-jalan . So , sya takde cerita-lah nak kongsi . Sya stop sampai sini aje . Wassalamualaikum .
Terima kasih kerana sudi baca post sya . Ia hanya sekadar perkongsian pengalaman . Kalau boleh , sya nak cerita satu-persatu kat korang supaya korang pun boleh rase ape yang sya rase . But its impossibble . Sya pun ingat-ingat tidak je .
No comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.