Di mana kamu duhai sahabat ?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Sahabat . Apa definisi sebenar bagi sahabat ? Bagi sya , definisi sebenar bagi sahabat ialah orang yang sentiasa ada bersama kita di kala susah dan senang . And mostly , ramai yang beranggapan sedemikian . Adakah sahabat yang macam tu ? Atau , tak perlu tuju kat orang lain , just ask ourself , apakah kita jenis sahabat yang begitu ? Oke , kali ni sya just nak cakap pasal sahabat . Tak tahu kenapa , tetibe je terdetik nak menaip pasal sahabat ni . Mungkin sya rasa diri sya ni kurang kasih-sayang daripada seorang sahabat . Mungkin ? Kerana sudah menjadi lumrah manusia , ingin disayangi dan menyayangi . Even bukan dengan kekasih halal pun , at least dengan sahabat sendiri . Jangan salah faham pulak , bukanlah orang yang berkasih-sayang sesama jantina itu lesbian atau gay . Malah ingatlah :
" Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah ; di antaranya ialah : Pemerintah yang adil , pemuda yang hidupnya sentiasa dengan masjid , dua orang yang berkasih-sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah , orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata : " Aku takut kepada Allah ! ", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain , lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan Jamal Allah . " (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah )
Kenapa sya sebut sahabat ? Kenapa tak sebut teman atau kawan ? Kerana bagi sya , yang dikatakan sahabat itulah yang dapat mendorong kita ke jalan yang benar . Bukannya kawan atau teman . Kerana ustaz pernah cakap , kawan , teman dan sahabat itu adalah orang yang berbeza . And mungkin sebab itu dikatakan Sahabat Nabi . Belum pernah sya dengar kawan atau teman Nabi . And mungkin sebab itu juga ramai yang tercari-cari sahabat sejati . Istilah kawan sejati atau teman sejati jarang ditemui .

Sahabat . Kalau nak diketahui bagaimana sifat-sifat sahabat atau kita sendiri juga boleh praktikkan agar kita dapat menjadi sahabat yang sebenar kepada orang lain . Antara sifat-sifat sahabat yang selalu sya dengar ketika tazkirah di sekolah atau mungkin ramai yang sudah mengetahuinya . Dia itulah menurut Imam Al-Ghazali :

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6.Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Tapi biasa lah , di dalam bersahabat , pasti ada yang cemburu , iri hati . Ada juga segolongan manusia yang merasa bahawa sahabat tidak boleh dikongsi . Jikalau boleh , mahu sahabat tersebut hanya bersahabat dengannya . Sehinggakan kalau ada yang lain rapat dengan sahabatnya itu , terus tarik muka , masam mencuka . Tak bertegur sapa . Adakah patut ? Yea , sya akui , sya pun pernah ada perasaan begitu . Biasalah manusia , bila ada orang yang disayangi , mereka akan berasa takut . Takut kehilangan orang yang disayanginya itu . Tetapi kini sedarlah sya , bahawa perbuatan sya itu hanya akan membuatkan sahabat sya sendiri menjauhkan diri daripada sya . Percayalah . Kalau sya sendiri pun , sya tak suka diperlakukan sedemikian .

Cuba beritahu sya , siapa yang suka dirinya dikongkong ? Hinggakan hak untuk bersahabat dirampas . Tolonglah , stop behave like that . Suatu saat , kita sendiri akan menyesal dengan perbuatan kita itu . Just like the old me .  Sya tak tuju ke siapa-siapa . Cuma sya nak kita semua sedar , memang wujud manusia yang bersikap sebegini . Jadi , berhati-hatilah kerana sikap keakuan itu akan musnahkan kita . Dendam mungkin lahir dalam hati kita . Istighfarlah banyak-banyak . Bergantunglah hanya pada Allah . Dan sedarlah , setiap yang hidup itu pasti akan mati . So , ikut mana-mana pun , memang kita bakal kehilangannya . Tak kita yang pergi dulu , mungkin dia yang pergi mendahului kita untuk menghadap Illahi .

Ikhlaslah dalam bersahabat dan bersahabatlah atas dasar ketakwaan . Jangan bersahabat kerana paras rupa , kekayaan atau lain-lain . Ye , memang ikhlas itu tidak boleh dinilai kerana ia tak dapat dilihat sehingga diibaratkan seperti semut hitam berjalan di atas batu hitam pada larut malam . Tetapi , cukuplah sekadar niat bersahabat kerana Allah Ta'ala . Jadikan Nabi dan para sahabat Baginda sebagai teladan dan ikutan di dalam bersahabat . Dan ingatlah kalam Habib Umar :
" Semua persahabatan yang terbina di muka bumi ini akan jadi permusuhan di akhirat kecuali persahabatan yang dibina dengan ketakwaan "
Jadi , marilah kita sama-sama ubah sikap kita , betulkan niat kita balik . Setkan dalam hati , minda , nak bersahabat hanya kerana Allah . Sebelum sya berhenti menaip untuk post kali ni , sya nak mohon maaf kalau ada sebarang kekhilafan atau sebarang kata yang mengguris hati para pembaca . Kalau ada silap kat mana-mana , tolonglah tegur . Bukankah Allah pernah berfirman dalam Surah Al-Asr :
Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan merugi (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal shalih, saling pesan-memesan dalam kebenaran, dan saling pesan-memesan dengan kesabaran.” (Al ‘Asr: 1-3) 

No comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.