Al- Fatihah buatmu Sahabat , ..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Pagi itu , adeq sya merengek-rengek kesakitan kerana sembelit , .. Kakak-kakaknya semuanya ketawa geli hati melihat karenah adeqnya yang bongsu itu , .. Sya pula terasa tak ada mood hendak ketawa seperti yang lain . Seperti ada sesuatu yang menganggu fikiran sya . Tiba-tiba telefon bimbit ummi berdering kuat minta diangkat . Ummi segera menjawab panggilan yang juga tidak dikenal pasti siapa penelefon itu . Seketika ummi bercakap , dahi ummi berkerut lalu menyebut nama sya menandakan bahawa penelefon itu mahu bercakap dengan sya . Senyum sya segaris kerana mengharapkan itu panggilan dari orang yang sya nanti-nantikan ..
Namun , sya hampa kerana kedengaran suara laki-laki yang berumur dalam lingkungan 30-an dalam talian .. Sya rasa hairan tetapi sya cuba mengatasi perasaan itu .. Seketika kemudian , lelaki itu berbicara , " Hello , ini Anisah ke , ? " .. " A'ah ni saya " , jawab sya ringkas .. " Nureen dah tak ada " , bicaranya lagi dengan suara sedikit sebak .. Hati sya tersentak dan masih tertanya-tanya adakah ini satu gurauan , ? .. "Nureen pergi mane ? " soalan itu yang terpancul keluar dari mulut sya pada waktu itu .. "Nureen dah meninggal " jawab lelaki itu .. Mulut sya terkunci , air mata mula bergenang di kelopak mata sya .. Menyedari akan keadaan sya yang sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi , lelaki itu terus meminta sya agar memberikan telefon bimbit itu kepada ummi sya agar dia dapat berbicara dengan ummi .. Dengan relanya sya berbuat sedemikian.. Sya masuk semula ke dalam bilik untuk menenangkan diri sya sementara ummi memastikan adakah perkara yang sya dengar tadi benar ataupun tidak ? .. Sya berharap agar ianya tidak benar .. Berharap sangat2 , ...
Lima minit kemudian , setelah mendengar ummi menyebut Innalillah , sya dengan segera keluar dari bilik tersebut .. " Betul ke , ummi ? " tanya sya .. Ummi hanya mengangguk perlahan .. Sya menekup mulut sya , air mata yang tadinya bergenang di kelopak mata sya kini mencurah-curah keluar membasahi pipi sya , .. Kepala sya mula terkenang-kenang peristiwa yang baru terjadi semalam .. Kami berdua sedang seronok membalas sms masing-masing . Sya dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur manakala Nureen dalam perjalanan ke Kuala Lumpur yang merupakan tempat asalnya dia .. Sedang seronok bermesej , dengan tidak semena-mena Nureen meminta agar sya menghantar sekeping gambar sya melalui mms kepadanya .. Katanya , untuk dijadikan kenangan .. Sya berjanji akan menghantarnya dengan syarat Nureen juga akan menghantar sekeping gambarnya pada sya ..
Tidak lama selepas sya menghantar gambar sya , Nureen pula menghantar gambarnya .. Di bawah gambar tersebut terpapar sekerat mesej yang dihantar olehnya .. "Kelakar la .. Jangan tergelak eh . Oklah Anisah , simpan gambar ni elok-elok tau .. Oklah , saya rasa pening ni nak muntah ase . " itulah serba sedikit yang masih tersimpan dalam memori sya .. Perkara yang diterima oleh sya pada keesokan paginya amatlah tidak dapat diterima .. Baru semalam sya bergurau senda dengannya dalam sms .. Masih terbayang-bayang lagi bagaimana kepala sya diusap lembut olehnya ketika sya tertidur atas pehanya , .. Masih terbayang-bayang lagi bagaimana dia beria-ia mahu membeli jam yang sama dengan sya .. Masih terbayang-bayang lagi semua perkara manis yang sya pernah lakukan bersamanya ...
Tetapi sya cuba menerima hakikat itu .. Sya bernekad untuk ke rumahnya untuk melihat sendiri jenazah Nureen .. Sesampainya di rumah ibu saudara Nureen merangkap rumah di mana Nureen menetap sementara di Kuala Terengganu , kelihatan ramai orang yang sedang berkumpul di hadapan rumah tersebut .. Kata seorang daripada mereka , " jenazah sudah hendak dikafankan " .. Sya mempercepatkan langkah ke rumah itu .. Dengan kaki yang terketar- ketar, sya menaiki tangga rumah tersebut .. Semua yang berada di situ dengan relanya membenarkan sya melangkah masuk kerana sudah mengetahui bahawa sya adalah kawan kepada arwah .. Dari jauh sya sudah nampak tubuh kecil yang terbujur di atas katil .. Juga sudah dibalut separuh jenazahnya dengan kain putih .. Sya merenung muka itu sesaat , sya tunduk , air mata yang cuba ditahan-tahan dari tadi meluncur keluar dengan laju .. Ibu arwah meminta sya agar duduk ditepinya merangkap dihadapan jenazah .. Sya akur , sya menggenggam erat kain cadar katil tersebut .. Sya cuba menenagkan diri sya ..
Kini sudah waktunya untuk jenazah disembahyangkan , ahli keluarga arwah diizinkan untuk menciumnya buat kali terakhir.. Sya keluar dari bilik tempat jenazah dikafankan .. Tiba-tiba , bebarapa suara berkata , " kawan kakak (Nureen ) nak cium tak , ? " , "marilah masuk " katanya lagi .. Sya dengan kaki yang sudah terasa lemah longlai cuba digagahkan .. Sya mencium dahi Nureen yang pucat buat kali pertama dan terakhirnya .. Sya berasa bersyukur apabila melihat keadaan jenazah yang terbuka sedikit mata dan mulutnya hingga menampakkan gigi depannya, Nureen seolah-olah sedang tidur dengan lena .. Mulutnya sedikit tersenyum , .. Alhamdulillah Ya Allah , ..
Kini , Nureen sudah berada di sisi Penciptanya .. Sya tertanya-tanya , mengapa Allah jadikan sya sebagai orang yang terakhir berbual dengan arwah ? . Mengapa Allah menjadikan arwah sebagai kawan rapat sya yang bagaikan seperti adik sya sendiri ? Mengapa Allah menjadikan arwah sebagai insan yang sangat memahami sya ? . Namun , sekarang segalanya sudah terjawab .. Sya pasti , itu adalah kebesaran Allah yang mahu ditunjukkan pada Sya .. Sya seakan-akan diberitahu bahawa mati itu tidak mengenal umur .. Sya juga sudah mengerti bahwa orang-orang yang bertaqwa pasti akan disayangi Allah .. Sya bersyukur kerana Allah telah membuktikan segalanya di hadapan mata sya sendiri.. Semuanya berlaku secara realiti di depan mata kepala sya sendiri..Syukur padaMu Ya Allah , ..
Alhamdulillah padaMu Ya Allah kerana telah mengurniakan aku kekuatan serta ketabahan untuk berkongsi peristiwa ini dengan saudara2 ku yang laen .. Alhamdulillah ...
No comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.