Ramadhan Tiba Lagi ..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak ye teman-teman , ! Sya tahu sya dah lambat sebabnye hari ni dah masuk hari ke-19 kita berpuasa ..Sorinye korang ..Aish , pantas benar masa berlalu pergi meninggalkan kita .. Rindu pulak kat kawan2 kat sekolah rendah .. Bagi teman2 ku yang terbaca artikel ni , sya just nak kata " I miss u all and I hope u will be success in your life , InsyaAllah ,.. Oups , Salam Ramadhan sekali yea ,!
Oklah korang , dah kebetulan sya terasa rajin nak menaip ni , mari sya ceritakan hari yang begitu memenatkan sya .. Hari Rabu lepas , sekolah sya ada lancarkan Ujian Segak bagi semua form 1 .. Tpi, kelas sya n Cerdas yang terpaksa mula dulu .. So , kami diwajibkan memakai baju sukan sekolah ..
Kitorang diarahkan untuk melakukan aktiviti-akviti seperti jangkauan melunjur , naik turun bangku , tekan tubi and lastly, bangkit tubi . Ianya bertujuan untuk menguji kecergasan pelajar . Mula- mula , kitorang kena berlari mengelilingi dewan dalam bulatan .. Tapi ntah camne , bulatan tu makin mengecil jadinya .. Setelah , berhenti melari , kitorang kena check nadi kitorang and kira berapa denyutannya .. Ada juga yang tak sempat mengira sebabnya terlalu laju berdenyut ..
Then, kitorang kena lakukan ujian jangkauan melunjur pula .. Jangkauan melunjur ni akan memastikan seberapa lenturnya tulang belakang kita .. Sya tak dapat banyak markah pun kat sini sebab kaki sya panjang sangat or maybe tulang belakang sya boleh dilenturkan sampai tahap tu je .. Kemudiannya , naik turun bangku .. Haa , yang ujian satu ni sangat memenatkan lagi-lagi waktu tu kitorang berpuasa .. Kita naik turun bangku secara berpasangan selama 3 minit .. Then selepas tu , kitorang kena kira berapa kali nadi kitorang berdenyut .. Ada yang sampai 300+ tuu ..
Nama sya merupakan yang terakhir dalam kalangan rakan-rakan sya .. So , belum sempat sya habiskan ujian satu ni , nama sya dah dipanggil .. Apa kejadah la sampai sya terpaksa buat semua tu serentak .. Mahu tak letih .. Tapi apa yang melucukan sya adalah sewaktu sya nak buat tekan tubi .. Waktu tu , sya baru selesai buat ujian naik turun bangku .. Belum sempat berehat pun .. Last2 , dengan muka yang merah membahang , cikgu pj pun mengarah sya baring dulu .. Siap dodoikan sya lagi .. Katanya " tidurlah then bangun nanti nak berbuka " ,.. Kalau boleh , mahu je sya buat macam tuu ...Huhu ..
Akhir sekali , kitorang kena pergi pustaka untuk timbang berat and ukur tinggi ..Dan kemudian , kitorang BEBAS ,! Huhu , setelah balik ke kelas , macam2 gaya ada .. Huhu .. Anyways , kitorang dah melalui ujian tu and tak perlu lagi khuatirkannya .. Sampai hari ni , badan sya masih lagi sakit2 ..Almaklumlah , otot mahu membesar ..
Sori yea sebab lama tak tulis post .. Sejak duk hostel ni , masa lapang sya semakin berkurangan .. Kalau ada pun , ianya dihabiskan dengan aktiviti .. Walau apapun , sya harap korang sume dapat memanfaatkan hari-hari di bulan Ramadhan yang kian berkurangan ..Wassalamualaikum ..
No comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.