Ayuh ramai2 kita berpuasa , !
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Korang tahu tak apa keistimewaan berpuasa pada hari ke 9 , 10 , dan 11 Muharram ,.. Tahu , ? Tak tahu ,?
Takpe2 , bagi yang tak tahu tu , meh sya tolong bagitahu ,.. Bagi yang dah tahu tu pula , jangan segan2 nak kongsi dengan saudara2 kita yang lain ek ,? Ok , kebetulan semalam ayah sya ada bagi satu kertas yang ada tertulis artikel pasal fadhilat berpuasa pada hari tersebut ,.. So , sekarang sya hanya perlu bace , faham , dan pastekan kat korang semua ,.. Jangan malas2 pula nak baca tau ,..
Keistimewaan berpuasa pada 9 , 10 , dan 11 Muharram
Pada hari ke 9 , 10 dan 11 Muharram merupakan hari yang dimuliakan oleh Islam dan sangat penting dalam lipatan sejarah Islam , .. Oleh itu, pada hari2 tersebut , umat Islam disunatkan berpuasa dan diberi ganjaran pahala serta mendapat kelebihan yang banyak dari Allah S.W.T ,..
Hadis yang menerangkan tentang keistimewaan berpuasa pada hari2 tersebut , di antaranya bermaksud :
"Seafdal-afdalnya puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharam dan
seafdal-afdalnya solat ialah solat malam "
(Riwayat Muslim )
Puasa pada hari ke-9 dikenali sebagai puasa Tasu'a (9 Muharam) . Ia disunatkan , namun Rasulullah S.A.W
belum sempat mengerjakannya ,. Bagaimanapun Baginda S.A.W bersabda maksudnya , :
" Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan , aku akan
berpuasa pada 9 Muharam "
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Puasa pada hari ke-10 dikenali sebagai puasa 'Asyura (10 Muharam) . Rasulullah S.A.W menjelaskan , sesiapa yang berpuasa pada hari 'Asyura maka diampunkan segala dosanya setahun yang lalu sebagaimana maksud hadis iaitu :
Daripada Abi Qatadah r.a bahawasanya rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 Muharam) maka sabda Baginda S.A.W yang bermaksud , :"Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu "
(Riwayat Muslim)
Puasa sunat pada hari ke-10 Muharam hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan 3 hari berturut-turut iaitu hari ke-9 , 10 dan ke -11 ,.. Abul- Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata : Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
" Barangsiapa yang berpuasa pada hari 'Asyura yakni 10 Muharam , Maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat ; dan barangsiapa yang berpuasa pada hari 'Asyura,maka akan diberikan pahala 10,000 orang haji dan umrah dan 10,000 orang mati syahid dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari 'Asyura maka Allah akan menaikkan dengat rambut satu darjat.Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari 'Asyura maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad S.A.W dan mengenyangkan perut mereka "
Perkara sunat dilakukan pada hari 'Asyura (10 Muharam )
Meluangkan masa bersama - sama dengan ahli keluarga dan sanak-saudara
Bersedekah dan melakukan kebaikan kepada fakir miskin dan anak2 yatim
Memperbanyakkan amalan2 sunat seperti membaca Al-quran , Berzikir , Bertasbih dan Istighfar
Digalakkan mandi sunat , lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari 'Asyura kerana Allah Ta'ala
Memelihara kehormatan diri . Allah S.W.T akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
Disunatkan berpuasa . Niat puasa : " Sahaja aku berpuasa esok hari sunat 'Asyura kerana Allah Ta'ala."
Oleh itu , marilah kita sama2 melaksanakan ibadah puasa pada hari2 tersebut ,..
No comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.