Menjejaki Rantau Abang :D

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Lamanye x buke blog ni . Malas benar rasenye . Malas nak menaip , malas nak melayan and everything's malas . Hehe . Takdelah , actually bukan malas sangat pun , tapi masa xde . Honestly , memang sibuk bukan setakat sejak kebelakangan ni , tpi dri mula masuk sekolah pun , dah start dah busy . Buku skrap inilah , buku skrap itulah , program sinilah , program situlah . Tambahan lagi , duduk asrama . Haisyy , sabar ajelah wahai hati .

Anyways , sekarang ni sya dah buke blog ni . So , that's means , my homeworks just finish . Walaupun masih ada sedikit saki-baki . But let it be , nanti saya buatlah . Hehe :p . Niat nak buke blog ni pun bukan  apa , just nak bersihkan sikit blog ni . Tu hah , selamba badak je labah-labah buat sarang kat sini .

Ok , alang2 dah buke , meh sya cerita sikit pasal Kem Pelajar Tamayyuz yang sya sertai baru2 ni (xdelah baru mane pon) . Kem tersebut diadakan di D'Pengkalan Resort Rantau Abang . Wah , menarik je bunyinya :P . Kitorang menginap di sana selama 3 hari 2 malam . Kitorang bertolak dari perkarangan sekolah pada sekitar jam 3.30 petang . Masa yang diambil untuk sampai di sana lebih kurang 3 jam . Lama kan ? Hurm , lenguh jugak badan ni duduk lama-lama kat dalam bas tu . Even the fact is, tak terasa pun lamanya . Maklumlahkan , excited sangat .

Sesampainya disana , kitorang diberi fail berserta buku . Satu setiap seorang . Setelah itu , kitorang dibahagikan pula mengikut bilik masing-masing . Petang tu , kitorang diberi masa rehat sebelum bersiap-sedia untuk beriadhah . Selesai merehatkan diri dan sebagainya , kitorang diarahkan untuk berkumpul di tepi sungai untuk dibahagikan kumpulan pula . Cara pembahagian kumpulan dilakukan dengan membuat cabutan . Keputusan cabutan tidak boleh diberitahu kepada sesiapa pun . Ianya rahsia masing-masing . Kemudian , kitorang diarahkan pula untuk menutup mata dengan sehelai kain yang telah dibawa . Untuk mendapatkan ahli kumpulan yang lain , kitorang perlu mengeluarkan suara dan memberitahu nama kumpulan yang tertera di kertas tadi . Kumpulan sya merupakan kumpulan pertama yang mempunyai bilangan ahli yang mencukupi . *thumbs up* . Kumpulan-kumpulan tersebut diberi nama menggunakan nama-nama isteri Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda .

Program petang itu hanya diisikan dengan perbincangan bagi memilih ketua dan bercerita soal sejarah hidup setiap nama kumpulan . Kitorang dimestikan membentangkan perkara yang dibincangkan itu pada malam tersebut . Banyak lagi acara2 lain yang dilakukan . Di sana , kitorang dididik dan dibimbing untuk menjadi seorang hafizah yang cemerlang . Ramai ustaz yang dijemput untuk memberikan ceramah motivasi kepada kitorang . Semangat kerjasama dan berkumpulan juga dipupuk di dalam diri masing-masing agar kitorang dapat menjadi para hafizah yang mampu merentasi segala cabaran dan dugaan yang mendatang .



The last day kitorang disini , kitorang diberi peluang untuk ber-junggle trekking even lebih kepada jungle walking :p . Di sepanjang perjalanan , pelbagai jenis pokok dapat kitorang saksikan . Keindahan ciptaan Allah yang tak terhingga menyebabkan ucapan SubhanAllah bertali arus meniti di bibir kitorang . Kitorang amat gembira dan bersyukur sangat-sangat kerana dapat melihat keindahan Allah yang bukan semua orang berpeluang untuk melihatnya .

Banyak perkara yang belum pernah sya lakukan dapat dibuat di sini . Sya dan kawan-kawan juga berpeluang juga melihat sendiri bagaimana keindahan rupa Rantau Abang yang selama ini sering bermain di bibir ramai orang . Sya sangat bersyukur sebab dapat diberi peluang untuk menjadi seorang penghafaz even bukan kat sekolah berasrama penuh . Baru sekarang , sya berasa beruntungnya menjadi salah seorang pelajar kelas Tamayyuz . Alhamdulillah . :-)

Oklah , sampai sini aje . Even tak banyak yang sya cerita , sya berharap sangat korang xdelah berasa bosan jenguk blog sya yang dah lama x update post . Okei la , that's all . Wassalamualaikum ..

Sori sebab tak dapat nak post gambar banyak2 . Internet agak slow . Sori okey ? :-)

No comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.