Tetaplah teguh :')
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Berharap senang dalam berjuang
Bagai merindui rembulan di tengah siang
Jalan yang tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh , hujungnya belum tiba
Memang tidak mudah . Jalan menuju keredhaan Allah ini bukanlah jalan yang calang-calang orang boleh hadapinya . Melalui jalan ini perlukan jiwa yang kental , Iman yang teguh serta fikiran yang matang . Untuk berjaya pula bukannya mudah . Bahkan lebih sukar berbanding semasa melewatinya . Jadi untuk itu , maka bersabarlah dengan sabar yang indah . Nekadkan hati kamu wahai hamba Allah yang dikasihi . Meskipun berat untuk kamu , namun ingatlah , Allah ada . Allah ada . Allah ada .
Senyum segaris , yakinlah ada hikmah . Yakinlah wahai hati yang mudah berbolak-balik . Yakinlah bahawa jalan ini jalan yang terbaik . Yakinlah bahawa Allah telah menempatkan kamu di tempat yang sebaik-baiknya . Janganlah kamu ragukan perncangan Allah . Kerana perancanganNya merupakan sebaik-baik perancangan .
Tahanlah sikit aje lagi ,
Tahan senafas saja lagi ,
Setelah ini , capailah kebebasan kamu itu .
Duhai hati , ingatlah pesanan Ibumu . Hormatilah harapan ayahmu . Capailah ia demi kebahagiaan mereka . Duhai hati , ingatlah . Mereka yang sentiasa berada di samping kamu . Mereka yang membesarkan kamu . Mereka yang tidak jemu melayan telatah kamu . Mereka yang menjaga makan dan minum kamu . Mereka yang sepanjang hidupnya sentiasa berdoa demi kebajikanmu . Ingatlah wahai hati . Sedarlah ! Sedarlah ! Usah kamu hayut dalam kelalaian dunia .
Berhentilah menyalahkan takdir . Berhentilah merungut akan nasib diri . Berhentilah . Sedarlah bahawa kamu takkan ke mana dengan rungutan yang sentiasa meniti di bibir . Sedarlah . Wahai hati , bangkitlah dari lena tidurmu . Bangkitlah . Bangkitlah hadapi segalanya . Usah berundur lagi . Doa ada wahai hati . Allah ada . Setia menjadi tempat pergantunganmu . Setia memerhatikanmu . Setia mendengar rintihan kamu . Mendengar setiap keluh-kesah kamu .
Tinggalkan tempat tidurmu segera . Tinggalkan keselesaan yang kamu perolehi . Tinggalkan ia . Sebentar sahaja . Sebentar sahaja wahai hati . Kerana yakinlah bahawa dunia ini sementara . Janganlah kamu lalai dengan permainan dunia . Janganlah kamu sentiasa menginginkan kemewahan dunia . Jangan . Jangan . Hentikan tabiatmu yang tidak berfaedah . Hentikan segala yang bisa melekakan kamu . Hentikannya segera .
Wahai hati-hati yang bersatu demi menegakkan agama Allah . Wahai hati-hati yang hauskan keredhaan Allah . Tetaplah teguh . Tetaplah di atas landasan Islam . Tetaplah . Ya Allah , janganlah Engkau pesongkan hati kami Ya Allah . Kurniakanlah hidayahMu kepada hati-hati yang bersifat bolak-balik ini . Ya Allah , teguhkanlah kaki kami . Mudahkanlah perjalanan kami . Mudahkan segala yang dapat membawa kami ke arahMu Ya Allah .
Wahai sahabat-sahabat insan yang lemah ini . Ayuhlah kita berjuang . Ayuh kita tempuhi segalanya . Ayuh kita bangkit bersatu demi satu misi . Berusaha gigihlah demi Allah Ta'ala . Ingatlah bahawa akademik merupakan wasilah untuk kita sebagai khalifah . Doa , Usaha , Istiqamah dan Tawakkal . Sesungguhnya , tempat rehat bukannya di dunia . Yakinlah tempat istirahat kamu sedang menanti di sana . Yakinlah dengan sungguh-sungguh . Bergantunglah hanya pada Allah .
Ingatlah firman Allah :
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,” (Qur’an, 50:16)
Lagi Firman Allah :
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;" (Qur’an, 2:45)
No comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.