Muntah aksara.
Jam menunjukkan lebih 12 malam, namun saya masih disini, dihadapan laptop, berjaga dan mencuba untuk meluahkan segala yang terbuku dalam kalbu pada satu kotak putih yang seakan dilupakan semenjak menjejakkan kaki masuk ke alam degree. Ah, sudah 6 minggu berlalu dan begitu bercampur-baur perasaan yang saban hari dipendam, buntu pada siapa harus diluahkan. Hypothalamus mengisyaratkan dan menggerakkan jari-jemari untuk menaip, memuntahkan segalanya kerana beratnya beban yang dipikul oleh otak dan hati.
Mengambil keputusan untuk menyambung degree dalam bidang pergigian yang sememangnya bukan pilihan saya adalah tidak mudah. Tercampak ke suatu suasana yang sangat berbeza, berseorangan tanpa seorang sahabat banat IQRAC yang lain adalah sangat sukar bagi seorang yang pendiam dan tidak pandai bergaul macam saya. Diletakkan pada suatu tempat yang dikelilingi oleh orang2 yang biahnya berbeza sama sekali dengan bulatan sahabat2 yang dulu.
Saban hari, setiap waktu, apa yang dibincangkan oleh mereka adalah hal jodoh dan jodoh. Setiap kali bertemu, yang dibualkan adalah perihal manusia berlainan jantina. Ah, kadang-kadang saya naik meluat yang pada masa yang sama, takut. Takut yang pada suatu hari, perasaan serba salah bercakap mengenai ajnabi mula berkubur dalam diri. Bimbang terlalu mencuba mengadaptasi sehingga membenarkan segala ekspektasi dengan merobohkan segala pegangan dan pendirian yang selama ini teguh dalam genggaman. Bayangkan, 5 tahun saya perlu bersama2 mereka. Kekuatan perlu dicari, dikaut dan digali sebelum berani menuturkan bicara, menasihati mereka.
Inilah dia yang diperkatakan oleh sahabat2 yang dulu. Inilah realiti hidup sebenar, tidak selamanya indah. Saya kini berada di luar comfort zone. Dulunya dikelilingi oleh orang2 yang baik, yang sentiasa berjalan beriringan dalam mengerjakan kebaikan2 demi mendapatkan keredhaanNya. Kini, bersendirian tanpa dorongan dan bimbingan. Jalan2 menuju kebaikan dilihat semakin sunyi dan gelap tanpa teman. Yang dilihat semakin terbuka luas adalah jalan2 yang mengheret ke arah kelalaian dan kealpaan.
Mereka kata, orang yang bijak adalah orang yang membawa biah bersama mereka, bukannya orang yang hanya bergantung pada biah setempat. Ya, benar. Itulah yang dipegang oleh saya dulu. Bercakap dan membayangkan memang mudah. Untuk merealisasikan dan mengaplikasikannya tidaklah semudah menuturkan.
Rutin ke kelas pagi sampai petang, seolah menyedut segala semangat dah kekuatan yang telah lama dibina. Seolah seperti robot, yang berulang2 melakukan perkara yang sama. Tambahan tiada teman yang boleh berkongsi segala rasa, perjalanan ini dirasakan sangat panjang dan menyesakkan. Allah, saya mohon kekuatan.
Saban hari, mencuba memelihara diri, mengawal rasa dan mata, berlawan dengan nafs yang tidak dapat dinafikan, sangat memenatkan. Tambahan pula pihak yang sana tidak menjaga, tanggungjawab segalahnya jatuh pada bahu yang satu.
Mereka kata "the beginning is always the hardest". Makanya saya berharap, permulaan ini segeralah berakhir.
(Mahallah Ummu Kalthum, 19/10/19 : 1: 07 am)
No comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.