Welfare Home for Children Visit ♡

بسم الله الرحمن الرحيم

//Leadership squad//

Semalam, kelas leadership saya adakan satu program lawatan ke rumah perlindungan kanak-kanak. Walaupun takde yang tanya pun kenapa saya tetiba rajin nak menulis kat sini, saya bagitahu jelah eh. Sebabnya, dekat sana, kitorang tak dibenarkan bawa phone. Jadinya, takde lah gambar kenangan dengan anak2 rumah perlindungan tu. Sedih sangat. Tu, gambar kat atas tu pun gambar kitorang je, kat luar pagar pulak tu. Masuk je pagar kawasan tu, terus kena serah phone untuk dikumpulkan dalam satu beg. Haa, strict kan. Jadinya, saya tulis lah kat sini sebab kalau boleh saya tak nak lupakan walau satu detik pun moments ni (which is impossible) dan saya nak terus cherish pengalaman ni selama mana saya hidup. It was one of the best moments in  my life ever. Alhamdulillah. 

Act, program ni sangat penting untuk kelas leadership kitorang. Program ni menyumbang 60% markah kami untuk class ni. Memang dari A-Z progress program ni dibuat oleh pelajar, tanpa ada campur tangan lecturer. Haa gitulah. Mula2, saya ingatkan tempat yang kitorang nak pergi ni rumah anak2 yatim yang biasa orang duk lawat tu. Tapi Program Manager kitorang bagitahu yang rumah ni adalah rumah perlindungan kanak-kanak, bukan rumah anak yatim. Means, dalam 100 orang kanak-kanak yang ada kat sini, hanya kurang lebih 20 orang je anak yatim, yang lain tu ada yang duduk sini di bawah perintah mahkamah dan ada kanak-kanak yang duduk sini tanpa pengetahuan ibubapa diorang pun.

Haa so, that's why kitorang takleh ambil gambar tempat dan rupa adik2 tu sebab tempat ni dilindungi. Bunyi cam seram kan? Hehe. Nak lagi seram, bonda (orang yang jaga diorang kat sini) bagitahu yang adik2 ni memang tak dengar arahan sebab mereka daripada sistem keluarga yang bermasalah dan ada juga yang berdendam dengan ibubapa diorang. Jadi, kitorang takleh terlalu manjakan diorang dan tak dibenarkan bocorkan apa2 maklumat peribadi kitorang pada adik2 kat sini macam nombor phone, instagram, nama penuh dan sebagainya.

Saya waktu mula2 tahu pasal background adik2, dah sedih dah. Tak tahu cemana nak berhadapan dengan diorang. Oh lagi satu, kitorang hanya libatkan adik2 dalam lingkungan umur 7-12 tahun je dalam program kitorang. Lagilah tak sampai hati, fikirkan dorang masih kecil, tak tahu pape tapi terpaksa alami semua benda ni. Saya dah ragu2 dah, boleh ke saya nak layan diorang ni cam biasa? Kan tengok2 je muka diorang, dah hujan air mata ni cemana (haa, setahap itulah overthinking dan overreact saya kalau korang nak tahu). Tapi perasaan paling dominan sekali, takut. Takut tersalah cakap, takut terguriskan perasaan diorang, takut tak bagi layanan yang baik dan macam2 takut lagi lah. 

Okey, so basically kitorang asingkan ahli leadership kitorang kepada 6 group. Setiap group tu diwakilkan dengan nama2 haiwan. Kambing, kucing, penguin, singa dan lagi dua saya lupa, hihi. Tekalah saya group mana? Clue: dia tak suka mandi. Haa tapi saya tak macam haiwan tu eh. Saya pun tak tahulah cemana boleh terfikirkan haiwan tu. Ikut suka je, hehe.

Waktu mula2 sampai, kitorang masuk lam main hall adik2 tu. Diorang tengah duduk lam barisan. Kecil2 semuaa, geramm, comel je. Event first kitorang ngan adik2 tu: senamrobik. Saya keras je situ, malu plus awkward, duk bagitahu Fahda (kawan saya), takut, takut (tak habis2 dia ni). Dah tahulah kan senamrobik cemana, dengan budak2 pulak tu, mestilah step2 yang fun. Dah tu, takkan lah saya yang dewasa ni (cewah) nak ikut sekali? Haa kim salam je lah. Jadinya, saya berdiri je kat belakang, buat2 sibuk setup barang untuk game nanti. Hehe, saya memang power bab2 mengelat ni. Hish, jangan ikut. Game yang group saya kena handle: makan biskut guna muka. Haa tahu tak? Tak tahu boleh google eh, game common zaman skarang. 

Saya dan Fahda jadi PIC untuk group kitorang; kambing. Jadi, saya dan Fahda akan iring adik2 group kambing ni sepanjang explorace ni berjalan. Haa, this is what makes kitorang jadi rapat ngan adik2 tu dalam masa yang singkat. Well, semua ada hikmah. Saya ni tak mudah sangat rapat dengan orang tapi once dah kenal, mudah lekat pastu susah nak move on. Haih, sama lah juga kes kawan2. Boleh tak tolong doakan supaya saya ni tak lembik sangat, orang lain dah move on saya duk situ lagi. Okey dahlah, malaih nak cakap pasal ni, kang berair pulak mata. 

Nak tak nak, saya memang kena ingat lah nama adik2 tu sebab mashaa Allah, nak handle diorang ni bukan senang eh saya bagitau. Nak kumpulkan semua untuk gerak ke satu checkpoint ke checkpoint yang lain tu, pheww. Dah elok2 dah pegang tangan dua orang, eh tertinggal sorang kat belakang. Gi belakang nak pegang tangan yang sorang tu, eh mana yang dua tu? Haha, gelak lah kat diri sendiri. Cam apa lah kalutnye. Kadang saya rasa saya dah jadi mak dah, nak panggil orang lain sebut nama orang lain. Ataupun, nak panggil yang sorang tu, habis semua nama lain disebut.

 Saya tak tahulah  saya dan Fahda ni yang tak reti handle adik2 tu ke atau memang group kitorang ni adalah group yang terkumpulnya adik2 hyper, haha. Mana taknya, time kumpulan lain elok je kumpul lam barisan, group kitorang je yang tak nampak rupa barisan. Buat bulatan, tak rupa bulatan. Sorang kat belakang langsir, sorang duk main tuang air sirap lam botol kat belakang, sorang menyandar kat pintu. Haihh laaa dorang ni. Saya yang mula2 malu nak gerak sana-sini, hmm tak kesah dah. Sekejap ke depan, skejap belakang, skejap duduk, skejap diri. Elok2 duk main game lam kumpulan, nak gi tandas pulak dah. Baru nak duduk, yang lain pulak nak gi tandas. Pheww, saya sabar je layan karenah dorang ni. Mujur ada Fahda dan yang lain skali, bolehlah penat tu dibahagi. Kalau sorang, menangis lah saya kat situ.

Haa lagi satu, group saya ni sangat kuat bergaduh. Group lain main game untuk compete sesama group. Dorang ni, main game untuk compete sesama dorang. Hahaha. Nak gelak pun ada tengok dorang ni. Patutnya support kengkawan, dorang tak puas hati pulak bila kawan berjaya. Tapi Hani (group saya) did a good job. She explains about kerjasama etc. Tapi dah budak kan, ingat sekali pesan dorang terus dengar ke? Duk kumpul lam bulatan nih, yang sorang ni ketuk kepala orang ni, sorang lagi lawan mulut ngan yang lain, yang lain duk gelar kawannya landak lah. Saya masa mula2 dengar tu, terkejut jugak, habis keluar lah binatang lam hutan tu dorang sebut. Tapi, saya calm je, tak terus marah. Kena faham keadaan dorang. Saya ngan Fahda try nasihat dorang slow2 lepas tu.

Ada sorang adik ni, perempuan, darjah 5. Dia paling tua dalam group tu, dan PALING garang. Haha. Mungkin ada rasa cam kakak sulung lah kot. Dia paling ganas sekali. Ada adik darjah satu, lelaki, paling muda lam group tu selalu kena marah dengan dia. Bila dia marah dan sebut benda2 tak elok, saya letak je tangan saya kat mulut dia ataupun bila dia nak pukul orang, saya peluk je dia. I don't know. I somehow see myself in her. Nama pun dah nak dekat sama (I can't tell what her name exactly are, it is prohibited. I guess you can tell). Sepanjang program tu memang saya banyak duduk ngan dia je. Saya try dah duk jauh2 dari dia, sebab tak nak dia lekat sangat, nanti sedih. Tapi nampak je saya jauh, dia datang duduk dekat, time nak makan, panggil saya duk tepi dia, time tengok movie, saya duk blakang, dia datang. Bila duk lam group, dia pegang je tangan saya. Haiihh.

"Akak balik kul berapa?"
"Kul 4"
"Alaa nape tak sampai kul 6?"

"Akak, dah pukul berapa?"
Dia tarik tangan saya; tengok jam; 3.03 pm
"Baru kul 3, jangan balik lagi"  


Ada sorang lagi adik lam group saya, S. 10 tahun, perempuan. Mula2 datang, saya rapat dengan S ni. Sebab dia duk sebelah saya. Dia duk cerita macam-macam yang bila dengar je terus sayu. Dia cerita pasal family dia. Katanya, dia suka sangat bila mak dia datang tengok dia. Saya pun tanyalah dia, dia happy tak duk sini? Dia kata happy. They're too small to even realize what is really happening. Bila saya mula approach adik yang nama nak dekat sama dengan saya tu, S ni cam jealous.

Saya lupa satu perkara yang Program Manager kitorang pesan; "dorang ni bila nampak orang luar, diorang punya rasa nakkan attention tu lebih". Ada sekali tu bila saya nak pegang tangan S, dia cakap, "akak bukan pegang tangan saya tadi, akak pegang tangan dia". Dia tak bagi saya pegang tangan dia dahh. Huhu. S ni dah start act out, dia taknak duk lam kumpulan dah. Duk nyorok belakang langsir, cabut kasut apa semua. She wants us to focus on her only. Lepas dia cabut kasut dia, dia nak gi tandas. Saya temankan. Bila keluar dari hall tu, dia still tak pakai kasut dan nak ke tandas tanpa berkasut. Saya pun pujuklah dia pakai kasut, dia duk bersandar kat dinding sambil pakai kasut. Saya try slow talk ngan dia. 

"S okey tak?"
"Okey"
"Nape taknak main?"
"Hmm, malas"

"S happy tak kitorang datang"
"Happy. Akak?"
"Akak happy sangat sebab korang semua baik2"
"Ada yang jahat"
"Mana ada, semua baikk"
Lepas solat zohor dan makan, kitorang bagi diorang tengok cerita. Ada beberapa cerita. Saya diberitahu oleh "kakak sulong" tu yang waktu selepas solat adalah waktu tidur diorang. Jadinya, memang dorang mengantuk lah waktu ni. Tapi kids being kids, bila kitorang offer chocolate bagi sesiapa yang dapat bagi pengajaran based on cerita yang dorang tengok tadi, terus segar bugar semua. Tapi yang sebenarnya, kitorang pun ngantuk. Haha. Yelah, dari pagi melayan diorang, penat lah juga kan. Adik darjah satu kumpulan kitorang, I, dah lena betul tidur sambil baring atas lantai hall tu. Kalau tengok dia tidur, memang betul2 lena, bukan buat2. Kawan2 yang lain duk letak kepala atas dia pun dia tak sedar apa. Haha. Kitorang biarkan je, kesian kat dia. Dialah paling aktif skali saya rasa, tu yang letih sangat. Haih laa.

Dah sampai event terakhir, penyampaian hadiah. Kumpulan kitorang, kambing, dapat nombor 4. Okeylah, dalam diorang duk gaduh2 sesama diorang, ada lah jugak sikit sifat kerjasama. Yang jadi masalah, diorang tak puas hati pulak group johan dapat hamper lagi besar daripada diorang. Kitorang sebenarnya dah cuba untuk adil, faham budak2 ni kuat jealous, jadinya, kitorang pastikan keenam2 group dapat hadiah. Group naib johan hingga group keenam dapat hamper yang sama besar, cuma group johan je hamper besar sikit. Itupun jadi isu dorang ni. Haha. Kalau yang johan pun bagi sama, nanti group tu lah pula tak puas hati, dorang dah buat betul2, last2 dapat hadiah sama je.

'I' yang tidur tu tak sedar apa lagi waktu ni. Ada yang dah try kejut dia, tapi dia ngamuk orang kacau dia tidur. Dia duduk tapi tersengguk2. Tersengguk yang bukan biasa2, sampai sujud ke lantai tersengguk dia. Haha. Waktu dapat hamper tu, kump lain relax2 je, group kitorang, duduk je lepas ambik hamper, terus dibukanya. Gaduh lagi sebab berebut. Adui.

Pukul 3.30 pm camtu, Program Manager announce yang bas kitorang dah sampai. Adik yang melekat je dengan saya tadi, tak senang duduk dah. "Jangan balik lagi, tak pukul 4 lagi". Saya dah cam,"okey Nisah control, control, jangan nangis kat sini, malu orang tengok". Bila dah bangun nak gerak balik, A (kakak sulong) ni duk ikut je saya pergi mana, mulut dia asyik duk ulang jangan balik je. Saya peluk bahu dia, "alaa takpe, nanti ada orang lain pulak yang datang lawat A. Jangan sedih. A kena jadi baik, jangan sebut lagi .... (kata kesat) tu, okey?" "Okey laa". Saya pun cakap kat Fahda, "finally, kita dah nak balik baru dia cakap okey laa".

A tu pegang kotak biskut dari hamper untuk isi makanan2 yang dah kitorang bagi2 kan. Atas penutup kotak tu, dia minta Fahda tulis nama Fahda dan saya;
A
Fahda & Anisah
 //Ni yang Fahda tulis//

Saya tak tahulah A akan simpan kotak tu sampai bila. Saya harap tak lama sangat, takut dia berharap kitorang akan datang balik. Nanti dia kecewa. Saya tak tahulah bila lagi saya akan ke sana. Ada rezeki, In shaa Allah. Dan orang2 yang saya akan cari dan paling nak jumpa will be those 7 kids in my group. 3 boys and 4 girls. H, H, I, S, P, AB and A (I even wrote these names in my notes, hope I will not forget them forever, In shaa Allah).

Waktu saya jalan nak balik, adik2 yang perempuan takleh ikut sampai ke depan. Dorang stop kat belakang kitorang. Kitorang jalan sampai ke depan, dorang tunggu je kat situ sambil berbaris nak ke bilik diorang (maybe) . Bila diorang dah nak gerak, saya cari mana A, nampak je terus saya lambai, A lambai saya sampailah ke akhir; kitorang dah tak nampak satu sama lain. Tak tahulah, paling berat saya rasa nak pisah ngan A. Hmm.

//Im so grateful to have you with me in experiencing this//

Okey, tu je. Saya bercerita melalui sudut pandang saya dan pengalaman saya. Setiap orang ada cerita yang berbeza. Tapi yang pasti, kitorang pulang dengan satu kepuasan yang sama; dapat menggembirakan adik2 di rumah tersebut.

Sampai2 je kat bilik, saya still takleh stop thinking about all the kids. Penat tadi hilang dah, ngantuk pun dah tak rasa. Banyak sangat benda yang saya perlu syukuri. Adik2 tu semuanya gembira je, memasing pamerkan senyuman walau jauh dari keluarga. Saya tak tahulah cemana keadaan saya kalau berada di tempat diorang. Yang saya tahu; saya tak mampu untuk jadi setabah adik2 tu.

P/s: I wrote this with so much emotions and I hope you do feel the same while you go thru this post. I really hope that in the future, we can take care of our kids with full of attention and never abandoned them. To make this happen, we really need to prepare ourselves from this very day. In shaa Allah.

No comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.