Selamat Hari Bapa ♡

بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Hari Bapa, aboh sayang. Terima kasih untuk setiap kata dan nasihat yang tidak pernah lekang sedari dulu. Terima kasih untuk setiap dorongan dan bimbingan yang dititipkan buat anakanda di setiap liku-liku perjalanan. Terima kasih untuk setiap peluh dan keringat yang menitis demi mencari nafkah memenuhi segala keperluan anakanda. Terima kasih untuk setiap jerih dan perih yang dihadapi dalam menjadi ketua mengemudi bahtera keluarga.

Anis ingat lagi waktu pertama kali aboh tahu yang Anis mendapat tawaran masuk ke DQ, aboh lah orang paling gembira. Berkali-kali telefon Anis dan bertanya adakah betul Anis nak ke DQ. Sejak kecil lagi aboh lah yang selalu sebut-sebut nak anak-anak menghafal Quran. Aboh hantar Anis dan yang lain ke kelas mengaji, mengupah ustazah untuk ajar mengaji di rumah sehinggalah semuanya sudah besar, aboh tetap tidak mengabaikan tuntutan agama dan masih membayar seorang ustaz untuk datang ajar anak-anak mengaji di rumah.

Anis ingat lagi, dulu aboh sangat sibuk bekerja. Jarang2 berada di rumah, sering ke luar negeri. Anis jarang sangat berbual dan berkongsi cerita dengan aboh. Sehinggalah apabila Anis menginjak masuk ke alam sekolah menengah, abohlah yang paling sibuk kehulu kehilir menemani Anis untuk temuduga di sekolah. Saat Anis masuk ke asrama Khairiah, aboh jugalah yang kerap menjenguk sekiranya Ummi tidak berkesempatan kerana adanya tanggungjawab kerja. Anis jarang sekali bercerita tentang perkembangan hidup Anis kepada aboh, namun tetap aboh mengambil tahu tentangnya melalui Ummi. 

Aboh, Anis tak pernah bercerita tentang ini pada aboh tetapi waktu Anis di asrama Khairiah, Anis diminta untuk mengisi borang maklumat diri yang disitu adanya tempat kosong untuk mengisi umur aboh. Anis tak ingat umur aboh berapa, menunjukkan betapa jauhnya Anis dari aboh. Anis mengira2 dan setelah mendapat tahu umur aboh telah masuk 60, Anis menangis teruk. Hadis Nabi SAW yang mengatakan umur umat baginda hanya daripada sekian ke sekian bermain2 dalam kepala. Anis tak sedar aboh telah lanjut usia. Anis sibuk membesar sehingga Anis lupa, aboh telah meningkat umur. 

Aboh, sewaktu di DQ, ada satu permainan yang dibuat oleh kawan2 Anis. Kami disuruh untuk menyenaraikan 10 orang yang kami sayang di atas satu kertas A4. Kemudian, disuruhnya kami membuat keputusan 5 orang yang kami mahu mereka sentiasa ada dengan kami dan memotong nama2 yang selebihnya. Berlanjutan sehinggalah tinggal hanya dua nama, aboh dan ummi. Setelah itu, kami diminta untuk memotong satu nama dan hanya tinggal satu nama yang betul2 kami mahu untuk bersama kami melihat apa yang kami capai dalam hidup. Anis buntu dan bingung untuk membuat keputusan. Lalu nama Anis dipanggil, Anis diminta untuk menyebut siapakah satu2nya nama yang tinggal di atas kertas putih yang dipegang. Anis geleng kepala dan menunduk, menangis. Anis tak dapat menahan sebak kerana Anis tahu selama ni Anis banyak membelakangkan aboh dalam setiap pilihan yang dibuat Anis. Anis mengutamakan Ummi, semestinya tidak salah kerana Nabi SAW menyebut ibumu sebanyak tiga kali sebelum ayahmu. Tetapi yang silap, Anis tidak mendahulukan aboh setelah Ummi tetapi banyak mengedepankan kawan2 daripada aboh.

Aboh, sewaktu di DQ, malam itu kami melihat satu movie yang berkisarkan tentang ayah dan anak. Yang mana ayahnya sangat banyak berkorban untuk memastikan kejayaan anaknya di masa hadapan namun sering disalahertikan oleh si anak. Di pertengahan cerita, anaknya itu ada melakukan perkara yang mengguris hati ayahnya. Di sepanjang cerita itu bermain, Anis lah yang paling kuat esak tangisnya. Kawan2 yang lain semua pelik mengapa Anis bersungguh sangat menangis pada malam itu. Aboh, Anis menangis kerana Anis tahu, banyak salah Anis pada aboh.

Aboh, di setiap kali lepas solat subuh berjemaah lagi2 di musim PKP ni, aboh selalu melarang Anis daripada tidur setelahnya. Aboh cuba sedaya upaya untuk menasihati dan mendorong Anis untuk tidak mensia-siakan waktu Subuh. Anis bahagia sangat sebab dapat solat berjemaah dengan aboh. Anis rasa, hikmah yang paling membahagiakan Anis di musim PKP ni adalah dengan dapat menjadi makmum aboh di setiap lima waktu solat dan mendengar tazkirah dan celoteh aboh tentang umur muda aboh setiap kali selepas solat maghrib atau isyak.

Aboh, setiap cerita2 aboh tentang zaman kecil aboh kalau boleh Anis tidak mahu lupakan sampai bila-bila. Anis sering berdoa, sekiranya ditetapkan Anis bertemu jodoh sebelum ajal, moga dia seperti aboh. Walaupun aboh tak pernah express apa rasa hati aboh terhadap anak-anak  melalui kata-kata namun semuanya terzahir daripada perbuatan aboh. Kami kenal aboh sebagai seorang yang tegas yang pada masa yang sama juga sebagai seorang yang pandai menghibur. Anis ingat lagi waktu kecil-kecil dulu jika aboh ada masa terluang di rumah bersama anak-anak, aboh selalu mengusik kami dengan menghulurkan tangan aboh ke kaki kami saat kami menaiki tangga. Setiap kali aboh membuat jenaka, pasti satu rumah bising dengan ketawa kami anak-beranak. 

Aboh, hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana remuknya hati ni saat mendapat khabar yang aboh dimasukkan ke hospital sewaktu Anis berada di CFS. Minggu pertama asasi Anis tidak seceria dan segembira orang lain. Saat itu, Anis rasa seperti hendak melepaskan semuanya, cita-cita dan impian Anis semata untuk menjaga aboh. Panggilan telefon yang diterima daripada Adibah (kakak) ketika Anis berada di dalam kelas pertama Biology itu telah menyebabkan luluhnya segala harapan dan semangat yang dibawa saat pertama kali melangkah masuk ke pagar pusat asasi tersebut. Aboh, kejadian itu sangat memberi kesan kepada aboh dan aboh jadi kurang bercakap dan bergurau senda setelah itu. Di waktu-waktu sebegitu, Anis sangat rindukan jenaka aboh. Mungkin sakitnya aboh menjadi teguran buat Anis dan yang lainnya untuk lebih menghargai aboh kerana sejak peristiwa itu, sedarlah Anis bahawa Anis masih tidak sanggup untuk kehilangan aboh dan masih banyak kurang dan celanya Anis sebagai seorang anak.

Aboh, terima kasih untuk setiap mesej yang berbaur nasihat yang sentiasa membunyikan notifikasi telefon Anis sama ada pagi, petang atau malam. Terima kasih untuk setiap teguran sayang yang diberikan. Terima kasih selalu mengingatkan untuk tidak sekali-kali meninggalkan bacaan Al-Quran dan selawat yang mana aboh sentiasa pastikan kami cukup 1000 selawat di setiap kali hari Jumaat. Terima kasih tidak pernah lupa mengingatkan kami untuk membaca surah Al-Mulk setiap kali sebelum menutup mata di malam hari. Terima kasih kerana sentiasa mendorong kami untuk bersedekah terutamanya di waktu Subuh. Terima kasih untuk setiap sabar dan setia dalam mendidik Anis dan anak-anak yang lain. Terima kasih untuk segalanya, Abohku sayang.

Moga Allah SWT panjangkan umur aboh dan moga aboh diberikan ganjaran syurga FirdausNya untuk segala pengorbanan aboh selama ini. Aboh, di bawah ni Anis letakkan lirik lagu Titip Rindu Buat Ayah yang sering kali aboh mainkan yang mana Anis selalu perasan pada masa yang sama aboh putarkan lagu ini, ada rindu tergambar pada mata aboh. Mungkin saja ada rindu yang bergayut pada ranting jiwa aboh terhadap orang-orang yang aboh sayang yang tidak lagi ada di dunia. Anis tidak tahu kerana aboh tidak bercerita soal itu. Namun sejak dari itu, lagu ini juga selalu Anis mainkan setiap kali Anis teringat pada aboh saat kejauhan.


Titip Rindu Buat Ayah; Ebiet G Ade :

Dimatamu masih tersimpan selaksa peristiwa 
Benturan dan hempasan terpahat dikeningmu 
Kau nampak tua dan lelah keringat mengucur deras 
Namun kau tetap tabah hm 
Meski nafasmu kadang tersengal 
Memikul beban yang makin sarat 
Kau tetap bertahan 

Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini 
Keriput tulang pipimu gambaran perjuangan 
Bahumu yang dulu kekar legam terbakar matahari 
Kini kurus dan terbungkuk hm 
Namun semangat tak pernah pudar 
Meski langkahmu kadang gementar 
Kau tetap setia 

Ayah dalam hening sepi kurindu 
Untuk menuai padi milik kita
 Tapi kerinduan tinggal hanya kerinduan
 Anakmu sekarang banyak menanggung beban 

Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini
 Keriput tulang pipimu gambaran perjuangan 
Bahumu yang dulu kekar legam terbakar matahari 
Kini kurus dan terbungkuk hm 
Namun semangat tak pernah pudar 
Meski langkahmu kadang gementar 
Kau tetap setia 



p/s: saya baru perasan tiada satu pun
post dalam blog ni khusus untuk aboh :''
Ini yang pertamanya dan moga ini permulaan 
untuk lebih banyak lagi, In shaa Allah  


No comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.