Terima kasih ♡
Hai. Buat apa tu kat sini? Hehe. Mesti korang tertanya-tanya mimpi apa saya ni kan tetiba menulis kat sini? (Eh sukati kitalah blog kita). Hehe, takdelah. Sebenarnya, saya tengah tak tahu nak buat apa. Saya baru habis professional exam and result keluar petang ni. Nak tidur, tak boleh sebab berdebar tunggu result. Main phone, dah rasa nak muntah dah asyik duk buka tutup buka tutup applications yang sama. Jadi saya pun terfikir, "haa why not tulis blog, lama dah tak post kat sini". Hmm, mesti blog ni sedih sebab saya cari dia time sunyi je time bahagia ditinggalkan ish ish. Lama tak buka blog, dah bertukar dah interface blog ni.
Okeylah, so, apa nak cerita ni? Macam ni, saya kan kena datang campus ni awal sebulan daripada tarikh exam. Untuk dentistry, students first year sampai final year kena masuk campus, duk kat mahallah. Awalnya saya ingatkan students medic pun sama, kena masuk campus. Rupa2nya indah khabar dari rupa (takde kaitan), students first year medic tak kena masuk campus pun. Students medic third year keatas sahaja yang diarahkan pulang ke campus. Ini, sesungguhnya, sangat, tidak, adil. Haha. Yelah, dahlah saya ni baru pikir, okei takpelah at least ramai kawan2 yang medic, nanti boleh keluar dengan dorang, gi makan sesama ke. Sekali, hmmm. Takpelah, ada hikmah lah tu kan.
So, macam biasa intro saya memang panjang sikit, ambik feel dulu orang kata, lama tak menulis ni hehe. Okei yang saya nak cerita adalah, kan waktu2 saya duk campus ni kira cam waktu2 sukar jugaklah. Dengan kafe tak bukaknya. Kelas still online, jadi macam tak bercakap sangat ngan orang. Bayangkan eh, 5 bulan duk rumah tak berenti cakap ngan adik-beradik tetiba kena datang sini, tak tahu nak cakap ngan sapa. Masing-masing duk dalam bilik. Tambah lagi kitorang nak exam memang roomates sendiri pun tak bercakap mana, sebab buat hal masing-masing and sibuk study (saya je sibuk tidur). Bertemu mata time kat tandas je. Bila tak bercakap ngan orang ni, homesick tu jadi berganda ye. Rindu nak main ngan anak buah. Nak dengar dorang buat bising. Haih. Padahal selama 5 bulan duk rumah tu tak hargai pun semua benda tu. Inilah manusia ye, kita sedar benda tu berharga bila benda tu dah berakhir (emo pulak dah).
Saya macam kurang setuju jugaklah dengan cara bilik kat IIUM ni disusun. Dalam satu bilik tu ada 4 compartments, jadi memang kiri kanan depan belakang dinding je. Cemanalah nak rapat dengan roomates macamtu. Tak silap saya, kat U lain dorang sebilik katil sebelah-sebelah. Haa kan best, malam2 takdelah takut nak tidur sensorang (sapa penakut tu?). Nak berbual2 pun senang. Ni saya, nak bercakap ngan kawan compartment sebelah je, guna ws. Kalau nak cakap gitu je, kena kuatkan suara, satu biliklah dengar. Tak best kan? Ke best? Tak best.
Sebabkan saya ni sunyi sangat, saya postlah macam2 status kat ws. Saya ni sbenarnya kat status tu tak banyak mana post, tapi keadaan mengubah saya jadi aktif semacam ye kat ws tu. Macam2lah saya cerita, pasal saya cakap ngan semut pun saya cerita kat status tu haa. Saya post tu saja-saja je, tak harapkan reply pun. Tapi, adalah beberapa orang yang sangat limited edition (ecece) yang reply ws status saya tu. Bagi kata-kata semangat, doakan saya apa semua. Saya terharu dan berterima kasih sangat dengan beberapa orang ni. Inilah kot yang orang kata:
We don't meet people by accident. They are meant to cross our paths for a reason
Jadi, saya nak post kat sini apa yang dorang reply tu supaya nanti2 bila saya rasa cam tak cukup dalam hidup ni, saya akan baca dan mula bersyukur, nikmat sahabat yang Allah SWT kurniakan ni dah cukup besar. Apa lagi yang saya cari?
Okey, ni sebab time saya nak exam tu,
family saya pergi bercuti ke pulau ye. Hmm begitulah kehidupan.
Ini sebab, waktu nak dekat exam tu juga, tetiba tak sihat. Maybe home-sick :'
Yang last ni cam lari topik sikit tapi saya rasa cam saya nak post juga. Ni bila saya bagitahu dia yang saya ni tak reti bergaul and orang susah nak rapat nga saya sebab saya tak reti senyum and bila orang tengok, saya ni macam bawak negative vibes (yelah dah masam je). This is what she replied:
P/s: Saya tak rasa dia maksudkan saya ni macam kuih lapis ye.
But seriously, her words is simple but meaningful to me.
Terima kasih.
No comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.