So, here I am.
Hai ! Ade orang ke? Hai? Hai? Kalau ade tu buat ape tu
datang blog ni? Salah tekan eh? Haha. Lamenye tak post kat blog ni. Hajatnye
memang dah taknak post dh, nak pencen dah jadi blogger, hehe. Tapi sayang lah
pulak, blog ni dah lama sangat, dari sekolah rendah lagi. Almost 9 years! Ish2,
tak boleh ni tak boleh, jadi, mehlah kita rajinkan diri menaip kat sini. Nanti
boleh baca balik time dah beranak cucu (perasan je, In shaa Allah kalau dipanjangkan
umur).
Okey apa nak cerita ni? Hmm, jap pikir jap, dah lama tak
mengarang ni (biar tak sampai setahun pun lagi tinggal BM, ngade je).
Okey, kita mula macam nilah. Saya sekarang kan belajar kat
DQ. Bukan belajar sangat pun sbb kat sini takde pun subjek2 yang biasa ada kat
universiti2 lain. Jadi kat sini lebih kepada menghafal Al-Quran. Jadi, mehlah
kita cerita macam mana saya, seorang Anisah yang duduk asrama Khairiah yang tak
sampai 2 km pun dari rumah menangis nak balik hari2, boleh tetiba tercampak kat
DQ yang ambik masa 8 jam perjalanan kalau naik bas dari Terengganu. Wow. Haha.
Okey kisahnye camni, mase tu baru lepas habis exam trial SPM
'16 (supaya saya ingatlah nati tahun berapa saya ambik SPM, hehe), pastu kawan
saya sorang ni bagitahulah, "Eh Anis (ni panggilan untuk orang tertentu,
jangan pelik pulak), permohonan online untuk masuk DQ dah bukak dah, Anis dah
isi dah?" Haa, gitulah lebih kurang. Kawan saya ni macam tahulah yang saya
mmg kalau boleh nak sambung belajar kat tempat yang boleh menghafal Quran skali
sbbnya nak habiskan hafazan saya kat Khairiah. Act, kat Khairiah pun ade kelas
menghafal, cumenya terhad sampai form 3 je (tapi, skrang dah sampai form 5).
Jadi, saya tak sempatlah habiskan hafazan saya kat sana. Huhu.
Eh tapi kan, mesti ade yang pelik, takkan saye tak cam suara
kawan sendiri? Okeylah, act saya pun tak tahu kenapa masetu saye tetibe tak cam
suara Amirah Izzah/ Amirah Zahidah. Saye macam pikir, mustahil je Amirah
Zahidah nak telefon, sbb kitorang memasing dah lame tak jumpa. Jadi, saye pun
buat2 je suara Amirah Zahidah tu macam suara Amirah Izzah. "Oh, die ni
sakit tekak kut, tu yang suara die lain macam", kata otak Anisah kepada
tuannya. Haa begitulah.
Orang tu pun cakap, "Ni Nisah, awak ade isi permohonan
online DQ ke?", "Haah, ade. Nape?". Okey yang ni macam pelik
skit sbb mane Amirah Izzah ni tahu kan, sbb saye takde cerita pun kat die. Eh
ke ade eh? Tak ingat. Rasenya takde kut, eh ke ade? Haha (rasa nak kena tampor
ke Nisah?) Hehe, sabar ye rakan2 sekalian, saya tahu anda excited nak tahu
cerita saya, padahal takde orang bace pun, perasan je, okey sambung. "Eh
jap, ni Amirah Zahidah ke?", "Horrrr!", haa kan dah macam tinggi
skit suaranye, yelah kan dari tadi duk tanye ni Amirah tu ke ni Amirah ni ke.
Haha, sape suruh kawan dengan ramai sangat Amirah. Eleh, padahal dua je.
"Ohhh, bakpe Mirah call saya? Lame dok jupe awok", "Ni Nisah, name awak ade
kat papan kenyataan DQ ni, Syarifah Anisah Habit Mustafa, takdok orang lain dh
kalau Habit Mustafa ni, awak sorang je yang Mirah kenal" Haha. "Ni
jap Mirah baca no IC awak, 99XXXXXXXXXX kan? Betul dk?", "Hor betul
Mirahhh! Bakpe Mirah?", "Hari ni kan temuduga DQ, awak ade kat DQ ke
skarang?", "Ehhh yeke?! Saya x tahu pun, saye takde kat sana Mirah,
ade dalam bas ni". Dah stop sini conv.
Lepas aboh dah call semua, dah habis bincang ngan pihak DQ,
saya pun diizinkan lah untuk tunda interview tu tapi dengan syarat kena buat
surat dan hantar ke pihak atasan DQ, ni bukan hantar pakai pos okey Nisah, ni
pakai email. Saya pun, alah, macam mana ni nak kena buat surat pulak. Nak tulis
apa? Takkan nak tulis, maaf Tuan kerana tidak dapat hadir temuduga pada waktu
yang ditetapkan kerana saya memang seorang yang cuai dan saya tak tahu menahu
langsung tentang tarikh temuduga tersebut kerana saya isi permohonan itu secara
suka-suka sahaja untuk bermain2 dengan pihak Tuan dan ketahuilah tuan bahawa
seorang Anisah ini memang begini perangainya, (hmm, macam tak kena. Nanti tak
sempat gi interview orang tu dah tolak awal2 permohonan). Ish tak boleh jadi
ni.
Nak dijadikan satu hal lagi, rumah saya masa tu takde
internet, haa hambek. Dan komputer pun tak tahulah elok ke tak mase tu. Inilah
yang orang dolu2 cakap, nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Saya pun
dengan gigihnya berjalan kaki ke klinik Ummi yang tak sampai pun 1 km tu untuk
pinjam komp kat sana. Gigihlah kira sbb saye, jalan tak sampai 1 km pun malas,
ngeee. Komputer yang ade kat klinik tu dua. Satu yang Ummi guna untuk tengok
list patient and untuk inform ubat ape yang patient tu perlu. Satu lagi untuk
staff Ummi. Takkan nak pakai yang Ummi kan? So saya pun gunalah yang staff Ummi
tu. Pinjam jap eh?
Okey dah siap tulis dengan alasan yang sedikit munasabah,
saya pun hantarlah. Mase tu petang. Dan untuk membuktikan bahawa seorang Anisah
ini sememangnya cuai, saya pergi tulis tarikh untuk ke temuduga tu esok (baca:
esok bagi hari tu). Macam mana nak sampai sana esoknya kalau petang ni masih
kat sini, dengan tak tahu jalan nak ke sananya, dengan tak tahu dengan siapa
nak perginya, dan yang paling penting, barang pun tak pack lagi. Kereta pun
entah ada ke tak yang avail untuk pergi sana (yelah, kan kereta semuanye orang
guna bawak pegi kerja). Apa saya buat? Ce teka. Hehe. Apalah susah kan? Saya
hantar je balik surat yang dah ditukar tarikh tu, jadilah dua surat Anisah
kepada pihak DQ. "Pheww macam tak nak masuk DQ je budak ni", kata
orang yang menerima email tersebut kepada Anisah menurut andaian Anisah.
Dah settle dah pasal tu semua, baliklah rumah dengan
perasaan gumbira (baca: gembira). Timbul pulak satu isu, sapa nak hantar? Semua
orang keje. Itulah buat plan tak tanya orang, nak masuk DQ tak cakap kat sapa2.
Kalau dah inform awal2 kan senang, orang lain boleh adjust jadual kerja
memasing. Mintak cuti ke. Antara sedikit sebanyak yang telinga saya terpaksa
tadah pada hari tu. Banyak lagi sebenarnya.
"Takyah pergilah eh, Anis? Takde orang nak hantar ni.
Ummi pun kerja". Zupp, punah harapan hamba. Apa guna hamba menangis dalam
bas sampai kawan2 hamba pelik adakah kawan mereka sudah tidak betul kerana
gelak2 kemudian nangis, apa guna hamba menaip susah2 email untuk pihak DQ,
sehingga 2 email hamba hantar untuk menunjukkan betapa membaranya semangat
hamba untuk ke sana. Habislah impian hamba.
Mengade je. Lepas dah buat muka kesian kat Ummi, Ummi pun
try lah tanya kakak2, ada yang free tak untuk hantar Anis ni pegi temuduga.
Maka sekali lagi, bocorlah segala rahsia hamba. Tiada lagi surprise. Ini baru
pegi temuduga. Tak diterima lagi, dah bocor rahsia. Yang nak buat surprise tu
kalau dah berjaya temuduga. Haiihh apalah nasib.
Fyi again and again, temuduga ni ada dua. Satu temuduga
dengan pihak DQ, yang ni BM je dan kita hanya perlu perkenalkan diri, then dia
akan bagi masa untuk kita hafal satu muka daripada mana2 surah Quran yang
ditetapkan. Ni depends atas ustaz/ustazah yang temuduga sama ada diorang nak
suruh hafal setengah muka/ satu muka (max). Dia akan tengok jugak background
skolah kita. Kalau macam skolah yang memang pelajarnya menghafal, dorang
biasanya akan diberi masa yang lebih singkat (setengah jam biasanya). Satu lagi
temuduga ngan pihak UIA (ni bagi yang mohon prog Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM).
Haa yang ni yang macam nervous sikit sbb fully english.
Kat mana dah tadi? Haa, okey bila dah sampai tu, waktu tu
malam. Jadi kitorang tidur dulu semalam kat rumah kawan Ummi, Makcik Yati ngan
Uncle Lan (jangan tanya saya kenapa tak panggil auntie Yati). Esoknya tu baru
bertolak ke DQ.
Alhamdulillah perjalanan semua okey, tak sesat, terima kasih
kat Uncle Lan yang dah bagitahu siap2 jalan nak ke sana. And ofc, thank you
GPS. Bile dah sampai tu, fuh2, saya pegi lah kat dewan utama DQ (baca: Dewan
Muktamar). Kat situ ada papan kenyataan yang ditampal list pelajar2 yang
interview haritu. Saya pun trylah cari nama kat situ, memang takdelah kan sbb
nama saya dah masuk dalam list dua hari lepas. Mase tu cam berdebar gak, macam
mana ni, nama takde dalam list mana nak pergi. Then, aboh pun call balik nombor
pejabat DQ, orang tu cakap masuk je dewan macam biasa untuk tahu kat bilik mana
kita kena interview.
Masuklah dalam dewan tu, inform kat orang yang bertugas kat
situ yang saya datang interview lambat daripada yang ditetapkan (sangatlah baik
untuk first impression, Nisah). Pastu orang tu pun cakaplah, sbbkan lambat,
jadi nama saya takde dalam list yang membolehkan kita tahu panel DQ mana yang
akan interview kita (act, saya dapat panel DQ ngan Mirah. Kalau saya datang
hari first tu bolehlah sembang2 ngan Mirah jap sbelum masuk interview, hehe).
Jadinya, saya akan diinterview kat bilik khas untuk orang2 yang datang
interview lambat macam saya ni (hai wak, kita sama. Awak tunda sbb isi
permohonan tu main2 jgk ke? Hee).
Okeylah bila dah setel semua, keluar lah nak pegi kat bilik
interview. Masa interview ngan pihak DQ skejap je sbb banyak bilik, so kita pun
takyah tunggu lama2. Then, turun tangga (macam yg Mirah Z cakap) untuk
interview ngan pihak UIA pulak. Kita akan ditetapkan panel UIA mana yang kita
akan dapat dan diberikan nombor giliran. Masa ni lama sikit kena tunggu sbbnya
tak pastilah, mungkin sbb bilik2 tak banyak mana kut, atau interview UIA ni
lagi strict dan lagi lama dari interview DQ (haa, ni saya memandai je, yelah
kot, tapi yang lagi strict tu mmg betul pun).
Masa saya tunggu tu, Ummi aboh ngan Kak Silah dah takde dah,
diorang pegi makan, awal2 lagi sebenarnya, masa nak interview ngan DQ lagi.
Saya pun tak makan lagi sbenarnya waktu tu, berdebor sangat sampai makan pun
tak lalu, eceh. Tunggu punya tunggu, sembang2 jap ngan kawan yang dapat panel
sama. Then tetiba Ummi datang bawak teh ais (pebret ai). Legakan tekak dulu
sebelum kena keluarkan suara, suara saya ni biasanya tak ikut kehendak tuan
sementaranya (Allah SWT tuan selamanya), kalau saya berdebar, memang malu2 je
die nak kuar, macam angin lalu je bunyi die. Haa begitulahh ibaratnya.
"Okey, satu dua tiga empat, masuk". Haa sudah, die
tunjuk akulah. Bismillah, peluk2 Ummi jap, mintak doa sikit, masuklah seorang
Anisah dan tiga orang lagi yang lainnya ke dalam bilik interview yang mungkin
akan menentukan ke mana hala tuju merekanya nanti, In shaa Allah. Kalau masa
hari first (based yang Mirah Z cite), die akan masuk sorang2, tapi sebabkan ni
dah last day, orang tu pun dah penat, so masuklah 4 orang sekaligus dalam bilik
interview tuu.
Masa masuk tu, saya pegang fail sbb dalam tu ada kertas yang
kena bagi kat panel UIA. Duduk atas kerusi, tetiba je fail tu durhaka. Pap! Dia
buat2 jatuh pulakkk. Hesh Nisah, ambik cepat ambik cepat. Pheww, diorang tak
perasan rasenya (haha, memandai je menyedapkan hati sendiri). Okey, masa untuk
ingat balikk script yang dah hafal tadi.
Dalam tu ade dua orang panel UIA, dua2 laki. Bila semua dah
duduk, panel 1 ni pun tanyalah sapa yang volunteer nak perkenalkan diri dulu
kan. Cuba teka sapa angkat tangan? Haha. Memang jangan haraplah seorang Anisah
nak angkat tangan, masa tu tangan pun tak habis ketar lagi, hehe.
Bile dah habis yang sorang tu cakap, panel 2 tu pun point
kat saya, "Assalamualaikum Ustazah", haa begitulah dia tegur saya.
Mungkin sbb masa tu saya pakai jilbab (baca: tudung labuh). Die macam bagi
isyarat lah, angguk2 gitu skit macam nak tanya, boleh tak perkenalkan diri.
Saya pun angguk lahh. Semangat ni nak keluarkan segala script yang dah hafal.
"My name is Syarifah...", tetibe yang panel tadi tu potong,
"Boleh awak perkenalkan diri dalam Bahasa Arab". Haaaa hambekk. Mana
ni tetibe dalam BA pulak. Huhu, Ummi, macam mana ni?
Okeylah BA pun BA lah, perkenallah diri dalam BA. Nasib tadi
ada jugak test2 sikit untuk perkenalkan diri dalam BA (sbb Mirah Z pun dah
suruh prepare awal2 vocab BA). Haa banyak benor "BA".
Lepastu, macam2 lagi soalan yang dia tanya, the most hot
question of all, "If you get an offer from other universities, will you
still choose UIA?". Thats it. Saje je dorang ni nak kita pegi UIA. Kalau
sebelum ni, saya hajatnya mmg nak ke DQ je, lepastu nak sambung kat lain. Tapi
sbb kawan saya yang datang interview tu jgk dan Mirah Z pun ada cakap, kalau
die tanya macam ni, pertahankan je yang kita akan still pilih UIA. Saya
apalagi, tidak sekali pun saya keluarkan walau satu patah perkataan yang
mengatakan bahawa saya akan memilih selain UIA (hmm begitulah hipebolanya).
Akhirnya, habislahh interview tu setelah bermacam2 provokasi
yang diberikan. Haihh, saya nak nangis dah dalam tu, rase macam nak kuar pun
ade. Haha.
Keluar tu, cari2 Ummi takde. Jalan2 skit pastu nampak Ummi,
Ummmmiii! Depakan tangan luas2, pelukkk (okey sedikit drama ye di sini). Ummi,
anak Ummi berjaya survive dalam bilik tu, huhu tak sangkanya, anak Ummi ni
boleh pun keluarkan suara. Nape sebelum ni macam susah benor nak bunyi suara
ni.
Dari mula jumpe sampai lah dah habis solat, sampailah naik
kereta sampailah sampai Terengganu, setiap apa yang jadi kat dalam bilik
interview semuanya saya cerita kat Ummi. Tapi part yang fail jatuh tu rasenya
tak cerita kut. Eh ke cerita? Tak kutt. *nervous*
Fast forward until today.
So, here I am. Kat DQ. For almost 9 month struggling here
but still in good condition, alhamdulillah.
Alhamdulillah for everything.
No comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.