Sumpahan ke apa?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Pernah tak korang ade satu benda ni yang setiap kali korang ada, setiap kali tulah benda tu jadi. Contoh eh, contohh ni saya cakap, kalau macam korang ada je, mesti gelas kat rumah akan pecah, at least satu. Atau setiap kali korang ada jam je, setiap kali tulah jam tu hilang/pecah. Haa pernah jadi?
Haa jadi beginilah kisah saya.
Masa kat skolah dulu kan (takdelah dulu mane pun, tahun lepaslah kan). Saya selalu je ade prob dengan kertas 1 BM (alah, yang karangan tu). Saya pun tak pahamlah kenapa. Benda ni jadi tiga kali kat saya.
First. Mase tu saya form 3, okey mase tu exam BM kertas 1 lah kan. Pastu saya dah macam confident sangat nih sbb mase tu sempat habiskan buat karangan sebelum waktu tamat (fyi, perkara sebegini jarang skali berlaku kepada seorang Anisah yang menulis dengan kadar kelajuan tidak kurang dan tidak lebih samanya dengan semut berjalan) Eh tapi, semut jalan laju jugak. Alah, apa2 jelah tapi nak katanya, kalau saya tengah syok tulis tanpa menghiraukan waktu berjalan tu, mmg slow lah jawabnya. Lepastu, masa tamat. Cikgu dah umumkan dh. Saya try lah buat last check kan takut ade mane2 tertinggal. Sekalii, karangan yang kat depan tu saya tak buat! 30 markah kot! Saya apalagi, dengan sesuka hati sesedap rasa je pergi buat je karangan tuh, gelabah takyah kira, tangan sampai terketar2. Masyaa Allah, tak tahulah nak cakap macam mana, nak nangis pun ada. Tapi kita kan Melayu, pantang menyerah.
Hah nak kata betapa Melayunya saya, sampai orang dah habis kutip kertas, sampai cikgu dah keluar kelas dah pun, saya still duk buat karangan tuh. Ah tak kira, aku mesti habiskan jugak. Kawan2 saya lah yang tolong panggil Cikgu masuk balik dalam kelas "Cikgu2, ni Nisah tertinggal ringkasan". Haa, nasiblah Cikgu mase tu baik dan lembut hati, Cikgu izinkan saya buat sampai habis (tapi sampai habis tu bukannya tambah masa sampai setengah jam ye, no no). Cikgu tu siap tunggu lagi betul-betul kat sebelah saya, kebetulan pulak saya duduk kat tepi pintu, jadi cikgu tu memang berdiri kat luar lah, tinggal nak pergi je. Saya apalagi, main letak je point2 kat dalam karangan tu asal ade je. Fuhhh. Lepas Cikgu dah kluar, terus saya jatuhkan kepala atas meja. Apalah nasib hamba.
Then, second. Masa tu saya form 4 kalau tak silap, eh rasenye mmg tak silap dah. Pastu macam biasalah kan, dah nama prob ngan BM, jadinya masa tu exam BM kertas 1. Saya sebelum periksa tuh dah tanya dah kawan saya siap2, eh kalau karangan berdasarkan bahan rangsangan tu (alah yang ada gambarajah tu) berapa perenggan eh? Sbb saya dh macam trauma skit bila ingat apa yang jadi mase form 3 tu. Pastu kawan saya jawablah kena ada at least 5/6 perenggan camtu. Saya pun macam ohhh, beres2. Padahal saya lupa yang karangan beradasarkan bahan rangsangan tu dalam kertas 2!
Then, semangat lah ni kan buka kertas periksa tuh. Nak dijadikan cerita, mmg karangan yang first tu dia bagi gambarajah. Saya pun ohh gambarajah ni mesti 6 perenggan. Saya tak baca arahan kat atas tu yang terang2 suruh ringkaskan. Makanya kalau ringkasan sepatutnya tiga perenggan sahaja makcik. So, saya pun buatlah dengan penuh confidentnya. Saya masa tu pun pelik gak nape soalan ni bagi 3 point je, dahlah pendek2. Sikitnya, macam mana nak kembangkan jadi 4 perenggan? (Perenggan 1 ngan last dah exclude sbb tu pendahuluan ngan penutup je). Saya pun macam acah2 oh ni mesti saja2 soalan ni nak KBAT-kan kita. Haha, kononnyalah kan. Pastu saya pun buatlah seperti apa yang saya rasa betul tu. Siap berpuas hati sangat dengan jawapan saya tuu sebab saya macam fikir, ohh kau nak KBAT kan aku eh, ingat takleh buat ke? Ni batch 99 tau, jangan main2 ngan kami (perasan je).
Lepas dah habis buat, dah hantar apa semua, barulah hamba perasan kerana mulut hamba yang gatal2 pergi tanya kawan hamba dan kawan hamba mengatakan bahawa karangan itu adalah ringkasan. Makanya, apalah kudrat hamba yang lemah ini boleh lakukan selain menangis pilu mengenang kembali apalah nasib diri (drama je).
Yang lagi sedih pasal ni kan, Cikgu BM saya marah sangat, yelah kan die macam berharap lah kat kite untuk buat yang terbaik tapi kite pulak pegi buat ringkasan tu macam karangan bahan rangsangan. Cikgu mana tak marah, cuba cakap? Satu yang saya ingat Cikgu tu cakap, "Ni Anisah ni, apa buat ringkasan ni macam ni, macam orang tak pernah belajar". Huhuk. Saya senyap2 je kat tempat duduk sbb dalam kelas tu ade dua orang nama Anisah tapi yang sorang tu Hanisah (tapi bila panggil tak jauh beza pun bunyi die). Hehe. Kononnya oh bukan aku tu, padahal mmg Cikgu tu tengok kat saya pun! Teruk betul lah.
Last, mase form 5 (ni dah tahun akhir dah, kiranya dah dekat 11 tahun ngan BM ni campur 6 tahun sekolah rendah). Tapi apa yang jadi? Hmm, masa periksa apa? Yes again, periksa BM kertas 1. Okey yang ni dah habis exam. Mase tu, Cikgu dah pass kertas jawapan masing2 untuk kira markah sendiri2 (dah besar kan). Saya pun kirelah, yang part paling berdebar : bila nak tahu jumlah markah lepas dah campur2 semuanya guna calculator. Saya dapat B, lagi sikit nak naik A. Saya pun macam okeylah, B pun B lah, mungkin ramai kut yang dapat B (haa, jawapan menyedapkan hati yang biasa bagi kat Ummi kalau Ummi tanye kenapa dapat rendah).
Then, bila nak hantar tu, saya intai2 lah sikit markah kawan2 lain. Ramai dapat A! Oh tidak, kenapa ni? Rasenya dah buat the best. So mase tu die suruh bagi markah satu2 section, sec A brape, sec B brape. Guess what? Sec A yang ringkasan tu saya takde markah! Saya pun tak tahulah kat mane die menyorok, bawah karpet merah kat rumah kot. Huhu. Saya tak buat rupanya ringkasan tuuu. Subhanallah, tak dapat gambarkan lah masa tu betapa kiciwanya (baca: kecewanya) hati hamba. Berulang kali benda ni jadi sampaikan dah tahun last pun masih lagi jadi.
Ni sumpahan ke ape?Yang pasal ni pun sedih sebab saya lepas dapat tahu tu cepat2 turun tangga ke bilik guru (fyi, bilik guru setingkat je bawah kelas saya). Saya pun jumpalah ngan Cikgu BM saya (Cikgu Rozana). "Hah, Syarifah Anisah dapat berapa?". "Hmm, B Cikguu". "Kenapa boleh dapat B?". "Saya tertinggal ringkasan Cikguu". Dushhhh, cuba bayangkan apa Cikgu tu rase. Penat lelah die ajar kita, kita senang2 je pegi buang 30 markah kat ringkasan tu. "Hah?! Macam mana boleh tertinggal? Kenapa awak tinggal?", dan kat situ ade sorang lagi Cikgu BM tapi mengajar kelas lain, "Tinggal ape?", "Ni Syarifah Anisah ni tinggal ringkasan", "Ruginya awak, 30 markah kat situu". Saya hajatnya datang situ sebab manalah tahu kan, Cikgu baik hati nak naikkan markah saya. Sebab mase tu sikit je lagi nak A. Tapi, hampanya hati hamba kerana markah periksa ni bukan senang2 sahaja ditambah ditolak seperti markah latihan2 yang lain.
Lepas dah dengar apa yang Cikgu cakap tu, saya yang tadinya sado kan, konon2 tak nak menumpahkan air mata kerana sedar tu akibat kecuaian diri sendiri terus pecah deh empangan air mata hamba. Rasa macam mesti Cikgu kecewa gila ngan anak murid dia ni. Huhu, saya pun naiklah tangga ke kelas balik dalam keadaan nangis tu (tak kesahlah apa orang nak cakap, tak tahu ke orang sedih ni, tetibe emo, hehe) dan saya pun terfikir, kenapalah BM kertas 1 ni dengki sangat ngan saya, malu sungguh dia nak besarkan sikit arahan soalan yang suruh ringkaskan tuh. Kenapa asyik yang tu je saya tertinggal. Haihh.
No comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.