Ikhtilat : Ustaz Adnin Roslan



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hai? Sihat? Sekarang tengah musim hujan, ada yang demam ke? Syafakillah okey? Okeylah, kita start macam nilah ye, masa hari Khamis, 16/11/2017, 9.3o malam, Ustaz Adnin Roslan ada mai bagi talk kat Darul Quran sempena Kempen Ketaqwaan. Ada sesapa tak kenal ke? Ustaz ni yang tulis buku Tarbiah Sentap tu, alaa takkan tak kenal kan? Sebelum Ustaz ni, ramai dah ustaz yang dijemput untuk bagi talk sempena kempen ni macam PU Azman dan Ustaz Shaari. Tapi, saya dapat join talk Ustaz Adnin je sbb kebetulan masa Ustaz ni datang, saya free. Alhamdulillah, at least dapat pergi satu.

Jadi, saya nak sharelah sikit apa yang ustaz tu cakap. Saya dah share dah kat story instagram, tapi terlalu sikit, geram pulak. Saya rasa macam nak share semua yang dia cakap. So, saya tulis kat blog, senang. Nanti korang boleh baca banyak kali, saya pun boleh baca banyak2 kali sebab kita ni kan pelupa. Tapi, mungkin yang saya share ni tak sama sebiji macam yang ustaz tu cakap, sebabnya saya buat point2 je. Tapi, In shaa Allah mesej yang disampaikan tu sama.Okey kita dah boleh start kan? Tajuk talk tu, korang boleh baca kat tajuk post ni. 


 Apa yang ustaz tu cakap?

"Benda besar takkan jadi kalau benda kecil setel".

Ramai orang anggap isu ikhtilat ni isu remeh temeh, tapi sebenarnya ramai mana yang masih jahil lagi tentang ikhtilat hatta orang yang dalam bidang agama sekalipun.Ikhtilat ni walaupun orang anggap benda kecil, tapi ikhtilat nilah punca kepada banyak perkara yang berlaku sekarang. 

Apa tu ikhtilat?
Ikhtilat ni adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi (bukan mahram).

Dr Abdul Karim (telah meninggal 4 tahun lepas) telah menyatakan bahawa :
Hukum asal ikhtilat : Haram


Asal kepada semua perkara dalam dunia ni adalah harus kecuali ada dalil yang mengharamkannya.

Apa dalil ikhtilat ni haram?



 وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
 Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
Surah al-Isra’, 17:32

 Bukan berzina je yang haram, dekati zina pun haram.

  Ustaz bagi analogi ;

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEzNrLx5IvfWC9AfkN8wZUPbeKIDrhYnLPjdNrmVmGA1MFMuG4Ck4nye3zVb_7TZZf6xrBlSh0U4990cDwcAEXmD8w8wd1qa-7QsHQMR8TFrNLyZBuE0fVF70BihCWHKZou8XVIO6D28OL/s1600/1.png Kalau orang yang ada kefahaman agama pun ikhtilat, orang yang tak belajar agama akan couple.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBrwts71Brovd6KHa1w0DwRr-UHvJceVJJnAuQBC_qF1wU9X3aQ2r05HNzDLG-SybJtQxCLM8uF4lZPAZ8DeCz6JWmvYvR1gZv-raapECS9Lafh9owKJH_5CAnNPPwNTi43Oycex0zhp3D/s1600/22.png Kalau orang yang ada kefahaman agama pun couple, orang yang tak belajar agama akan zina.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjm0st5zI9nmdRPyuDihLuhfuuFlrIm5pn7mkpShXIpdbBiO0Fc4tE7cmlRgP53qcyku_ysqb1Xat0S4gVcPL8zL5XBmQ0aqWQQob3MXqRUk_5t6ajc0znZBy9qSUKHm1gWSixpD01hy9d/s1600/33.png Kalau orang yang ada kefahaman agama zina, orang yang tak belajar agama akan memperkosa.


Dan begitulah seterusnya.



Kita tak pelik ke? Zaman sekarang, pusat tahfiz dan sekolah agama dah merata-rata, zaman dulu mana ada pusat tahfiz, sekolah agama ada tapi tak banyak macam sekarang. Ibu bapa zaman sekarang pun ramai yang dah dapat kesedaran, pegi hantar anak2 ke pusat tahfiz, ke sekolah agama. Tak kurang jugak yang hantar anak ke Mesir, Jordan, Madinah untuk belajar agama. Tapi, kenapa, saban hari maksiat makin kerap berlaku. Kenapa bilangan anak luar nikah semakin meningkat. Pergaulan bebas di mana-mana? Kenapa?


Sebabnya, harini ramai orang yang belajar agama, tapi tak amalkan pun. Sebab tu umat sekarang semakin KRITIKAL.



Setan nak goda kita, dia tak kira kita ambik kos apa.

Ramai orang kata yang haramkan ikhtilat ni syadid. Jadinya, ustaz bawakan satu kisah orang zaman dahulu dalam bab ikhtilat.



Safwan, sahabat yang ternampak Aisyah RA yang tertinggal semasa Perang Bani Mustaliq. Apa respon Safwan bila nampak Aisyah RA? Terus tunduk pandangan. Aisyah RA pulak terus tunduk, dan tutup muka dia sebab malu. Safwan hanya goyang2 unta dia, isyarat untuk Aisyah RA naik. Aisyah terus naik je. Takde sembang2 LANGSUNG. Setara jaga macam tu pun, balik tu mereka dituduh berzina. Allah.


"Kita ni dah jauh sangat dengan Islam sehinggakan kita rasa Islam yang sebenar tu syadid"


Ikhtilat ni haram kecuali 2 perkara : Dhorurat dan Hajat.


5 perkara dhorurat :

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEzNrLx5IvfWC9AfkN8wZUPbeKIDrhYnLPjdNrmVmGA1MFMuG4Ck4nye3zVb_7TZZf6xrBlSh0U4990cDwcAEXmD8w8wd1qa-7QsHQMR8TFrNLyZBuE0fVF70BihCWHKZou8XVIO6D28OL/s1600/1.png Nyawa
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBrwts71Brovd6KHa1w0DwRr-UHvJceVJJnAuQBC_qF1wU9X3aQ2r05HNzDLG-SybJtQxCLM8uF4lZPAZ8DeCz6JWmvYvR1gZv-raapECS9Lafh9owKJH_5CAnNPPwNTi43Oycex0zhp3D/s1600/22.png Harta
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjm0st5zI9nmdRPyuDihLuhfuuFlrIm5pn7mkpShXIpdbBiO0Fc4tE7cmlRgP53qcyku_ysqb1Xat0S4gVcPL8zL5XBmQ0aqWQQob3MXqRUk_5t6ajc0znZBy9qSUKHm1gWSixpD01hy9d/s1600/33.png Agama
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxztKf5Wi4H0M8k8_1MOiEd7gmmPWtE6wVQgaLfX-6zcASBBa6L8gDk24fbxX0YGfObvOlorWTQnZddo36Is2KfzGP4uZrb54SPIUC-1oODO043hyphenhyphen9faKranvKVTfN9Q4NSIC6WjL8FPyT/s1600/4.png Akal
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjl3aJuNVdPV0c3Itib-2rDcfkw1JYGof5FHnGNuqdRSDzGxFCyok6HlohVeVfZXPbBF7NWyKl50tsRbQg3mbNYfbowcWXG5la4bSH8vZdktcvfxeugmbIvCqPwcbOF4s5oBI_GaXDaY8L1/s1600/5.png Kehormatan diri / keturunan


Hajat 

Contohnya :

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEzNrLx5IvfWC9AfkN8wZUPbeKIDrhYnLPjdNrmVmGA1MFMuG4Ck4nye3zVb_7TZZf6xrBlSh0U4990cDwcAEXmD8w8wd1qa-7QsHQMR8TFrNLyZBuE0fVF70BihCWHKZou8XVIO6D28OL/s1600/1.png Jual beli (bayar tol)
Bolehlah kita tegur, bagi duit walaupun berlainan jantina. Tapi cukup sekadar itu sahaja. Jangan lebih2 pegi tanya nama, nombor telefon. Itu jadi haram.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBrwts71Brovd6KHa1w0DwRr-UHvJceVJJnAuQBC_qF1wU9X3aQ2r05HNzDLG-SybJtQxCLM8uF4lZPAZ8DeCz6JWmvYvR1gZv-raapECS9Lafh9owKJH_5CAnNPPwNTi43Oycex0zhp3D/s1600/22.png Dakwah

Contoh macam ustaz, bagi dakwah depan banin banat. Kalau tengok, ustaz selalu je palingkan muka ke banin waktu bagi talk. Kalau berpaling ke banat pun, hanya sekilas sekadar pandangan hornat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjm0st5zI9nmdRPyuDihLuhfuuFlrIm5pn7mkpShXIpdbBiO0Fc4tE7cmlRgP53qcyku_ysqb1Xat0S4gVcPL8zL5XBmQ0aqWQQob3MXqRUk_5t6ajc0znZBy9qSUKHm1gWSixpD01hy9d/s1600/33.png Perubatan

Contoh : sekiranya memerlukan rawatan doktor pakar dan doktor pakar yang ada waktu tu hanyalah doktor berlainan jantina. Jadi, diharuskan.

Syarat untuk hajat : Al-Qaradhawi telah meletakkan ;


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEzNrLx5IvfWC9AfkN8wZUPbeKIDrhYnLPjdNrmVmGA1MFMuG4Ck4nye3zVb_7TZZf6xrBlSh0U4990cDwcAEXmD8w8wd1qa-7QsHQMR8TFrNLyZBuE0fVF70BihCWHKZou8XVIO6D28OL/s1600/1.png Tundukkan pandangan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBrwts71Brovd6KHa1w0DwRr-UHvJceVJJnAuQBC_qF1wU9X3aQ2r05HNzDLG-SybJtQxCLM8uF4lZPAZ8DeCz6JWmvYvR1gZv-raapECS9Lafh9owKJH_5CAnNPPwNTi43Oycex0zhp3D/s1600/22.png Jangan berkhalwat (berdua2an laki perempuan) ; sms ialah khalwat siber
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjm0st5zI9nmdRPyuDihLuhfuuFlrIm5pn7mkpShXIpdbBiO0Fc4tE7cmlRgP53qcyku_ysqb1Xat0S4gVcPL8zL5XBmQ0aqWQQob3MXqRUk_5t6ajc0znZBy9qSUKHm1gWSixpD01hy9d/s1600/33.png Perempuan takleh pakai minyak wangi sehingga orang lain boleh bau



Cawan kalau kita letak air, apa yang masuk? Air. Kalau kita tuang, apa yang keluar? Air jugak.

Kalau dalam cawan ni kita letak minyak, apa yang masuk? Minyak. Kalau kita tuang, apa yang keluar? Minyak jugak.


"Cawan ibarat hati. Apa yang masuk dalam cawan adalah apa yang kita tengok, dengar dan baca. Apa yang keluar dari cawan adalah amalan kita"


Kalau baik apa yang kita tengok, dengar dan baca, keluarlah amalan dan akhlak yang baik.


Apa yang kita dengar ?


Ustaz buka spotify. Lagu TOP dalam spotify : Perfect (lagu pasal perempuan, dengan lirik yang teruk bertentangan dengan agama Islam)


Apa yang kita tengok ?


Okey, kita mulakan dengan apa yang kita tengok waktu kecik2. Doraemon. Dalam Doraemon, sizuka dan nobita suka sama suka : tu couple tu. Apa yang nobita suka buat? Tarik skirt sizuka. Tu baru Doraemon, belum Sin Chan lagi. Dari kecil lagi kita duk tengok benda2 ni, kita gelak je.


Apa yang kita baca ?


Buku novel cinta, anime. Semuanya pasti akan terselit pasal perkara2 yang bertentangan dengan agama Islam (means : lucah).



"Bila benda tu dah masuk dalam hati kita, benda tulah yang kita akan buat. Akhirnya, keluarlah golongan2 yang hanya akan fikir tentang cinta, cinta dan cinta. Suka orang tu, suka orang ni. Clash sana, clash sini" (Nauzubillahi Min Zalik, kita minta dijauhkan).



Kalau kita lihat kemungkaran, apa yang patut kita buat?


عن أبي سعد الخدري رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول
” من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان “
( رواه مسلم )
Daripada Abu Sa’id al-Khudri ( r.a ), beliau mendengar Rasulullah صلى الله عليه وستم bersabda:
“ Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”


 ( Diriwayatkan oleh Musim: al-Iman, hadis no. 40 )

First, ubah dengan tangan. Tapi takkan kita nak pergi tumbuk laptop/ tv? Second, ubah dengan lidah. Tapi takkan kita nak marah2 dekat laptop/ tv? Apa yang kita boleh buat? Cegah dengan hati dan itu selemah2 Iman !

Macam mana nak cegah dengan hati ?
Benci benda tu, jauhi, tak tengok dan berazam untuk tegur benda tu kalau mampu.



 "Assalamualaikum, tak jawab dosa". Ini dialog yang laki biasa bagi kalau dia nak mulakan conversation dengan perempuan.

Ustaz tegaskan,


Sejak bila tak jawab salam dosa? (means : untuk situasi di atas)


Perempuan muda bagi salam kat laki muda : HARAM. Laki muda jawab salam tersebut : MAKRUH.


Laki muda bagi salam kat perempuan muda : MAKRUH. Perempuan jawab salam tersebut : HARAM.



 Malaysia TOP 10 : tengok video lucah. Malaysia tempat kelapan.



"Orang luar couple, korang mengislamikkan couple. Habistu bila orang luar couple, korang nak cakap apa? Kalau korang nak kata haram, nanti orang luar kata, kau boleh pulak couple?"


 Dalam buku halal haram tulisan Yusuf Al Qaradhawi : terus terang tulis kat situ, HARAM melihat video2 yang ada unsur2 lucah, pergaulan bebas dan sebagainya. Dari mana kata harus ?!


Menurut laporan polis : banyak kes jenayah daripada sekolah agama. 



Tolonglah jaga ikhtilat ni, takkan nak tunggu naik syahwat dulu baru tak nak buat?

Dosa ni, buat sekali akan ada yang kedua sebab dosa ni ketagih

Sesi soal jawab dengan ustaz :

  1. Syarat meeting banin banat ikut syariat :
Meeting yang sebenar dalam Islam : kena ada hijab.
1. Kena ada orang tengah yang duduk di tengah2 sewaktu meeting : orang yang dah berkahwin.
2. Tundukkan pandangan : pandang hanyalah pandangan hormat.


       2. Pasal Muzik

Lagu See You di IPT, Hanya Tuhan Yang Tahu : apakah hukum mendengarnya sebab liriknya ada unsur2 ke arah mengingatkan perempuan?

 Pendapat peribadi ustaz : Haram sebab ia mendorong ke arah perempuan.



       3. Lelaki jawab soalan daripada perempuan (sms), apa hukum?

Lelaki: kalau perempuan tanya soalan, jangan balas. Tapi kalau soalan dia tu kritikal, jawab dengan tegas, jangan letak smiley, 'hihi' pun tak boleh.

Laki kalau orang perempuan ajak couple: jangan jawab jawapan2 cliche, "saya belum jumpa cinta Allah" apa semua, sebab itu akan buat perempuan tu lagi melting. Buat apa yang perempuan tak suka: apa yang ustaz buat kat perempuan yang ajak dia couple? Ustaz hantar mesej kat perempuan tu, "muka kau tak cantik", lepastu terus kena block.



Ustaz bawakan satu kisah: Abu Bakar Al Miski

Saat perempuan ajak dia berzina, dia kata tunggu jap, dia nak masuk tandas. Pastu dia sapu tahi kat badan dia, perempuan tu marah dan terus pergi. Masa Abu Bakar ni tidur, dia bermimpi ada orang kata kat dia, "kau buat apa yang orang lain tak pernah buat, jadi sepanjang hidup kau, kau akan berbau wangi".


Sebab itulah orang gelar di Al-Miski (minyak wangi).





No comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.