"Seandainya baik untuk aku, perkenankanlah".
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hai. Sihat? Kalau tanya saya, saya sihat, alhamdulillah. Kalau tak tanya, tak apalah saya bagitahu. Haha. Okeylah, ni nak cite pasal macam mana perasaan masa nak ambik result SPM. Sebab apa cerita? Sebab suka hati sayalah, hehe. Takdelah, sebenarnya sebab saya fikir, nanti akan sampai satu masa, saya akan mula lupakan benda2 macamni, macam mana perasaan gemuruh saya, sebak, gembira masatu sebab one day, kita dah rasa benda ni semua tak penting lagi dah untuk kita, banyak lagi kenangan yang akan datang yang lagi melekat kat hati kita. As Vivy once said, "Memories are intangible and as more and more memories pile on one another, you’re bound to forget a lot of them".
Okey, jadinya, saya pun merajinkanlah diri untuk tulis pasal diri sendiri dan korang pun rajinkanlah diri korang untuk baca pasal diri saya, hehe. Taknak baca pun takpa, tak suruh pun (eh?). Maksud saya, tak paksa pun. Okey dah merapu meraban kat sini. Jom start. Eh sebelum tu, kalau nak tahu kenapa ada pulak masa saya tulis post banyak2 ni, ketahuilah bahawa saya sekarang sedang cuti sem, yeayyy, walaupun cuti semnya 3 minggu je (lagi sekali kalau tak tanya, takpalah saya bagitahu). Okey dah boleh start.
Tarikh result SPM keluar, saya sepatutnya ada kat DQ. Tapi, DQ bagi cuti kat semua pelajar IQRAC (sebab pelajar IQRAC je umur 17 yang ada kat DQ masetu, budak diploma sebaya kami belum ada lagi). Jadi, baliklah saya ke rumah. Pagi nak ambik result tu, gelabah takyah cakap, memang takleh duduk diam. Dari pagi lagi duk sebut, "Ummi, takutlah". Act, bukan dari pagi tu, dari seminggu/sebulan nak ambik result memang itu je yang duk sebut. Aiseyy, kan lagi molek kalau setiap kali teringat, sebut In shaa Allah ke, Allahu Akbar ke, adalah jugak pahala yang dapat. Ni duk sebut takut, takut. Takut pun takut dengar saya sebut takut banyak2 kali (apa merepek dia ni).
Fyi, rumah saya sangatlah dekat dengan sekolah (tak sampai 10 minit perjalanan). Jadinya, memang awal lah saya sampai ke sekolah pagi tu. Masa sampai tu, tak ramai lagi orang, saya pun takutlah nak turun. Malu satu hal lagi sebab lama tak jumpa cikgu2 (ada ke patut?). Then, sebabkan saya tak nak turun, Ummi Aboh saya je yang turun, pegi tanya cikgu kat situ (baca : Sir Bad), result dah sampai ke belum. Sir Bad pun cakap, lambat lagi nak sampai, dalam setengah jam lagi sebab pengetua belum balik dari ambil result. Saya bila dapat tahu gitu, terus ajak Ummi Aboh balik rumah dulu, nanti lambat2 sikit baru datang balik (sebab saya memang tak suka on time ni, saya kalau boleh, nak setengah jam lewat, bukan setengah jam awal, teruk betul).
Ummi Aboh pun redho jelah dapat anak macamni. Balik rumah tu, dapatlah ws dari group Geraniums (sahabat2 DQ), ada sorang kawan kami dapat straight A's plus. Bukan straight A's je, plus lagi. Allahu akbar, saya masetu lagilah macam tak tentu arah. "Hebatnya dia ni". Saya tak tahu nak buat apa dah, yelah kan, dah kita tahu sahabat kita berjaya, takkan kita taknak berjaya sekali? Masa tu saya dah berkali2 ucap dalam hati,
"Ya Allah, kalaulah dengan dapat straight A's tu baik untuk aku, maka Engkau perkenankanlah. Jika tidak, maka Engkau redhakanlah hati aku untuk menerimanya"
Masa ni jugak, ayat ni muncul berulang2 dalam kepala saya :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Lepas dah agak tenang sikit, saya pun ajaklah Ummi Aboh ke sekolah. Masa sampai kat sekolah tu, mata dah nak berair, tangan kaki semua dah sejuk. Jantung macam nak kuar dah, tunggu nak kejar pegi ambik masukkan balik je (amboi hiperbola, hehe). Masuk dalam dewan sekolah, semua tempat duduk dah penuh (haa hambek, nak datang lewat sangat kan?). Tempat kosong tinggal yang barisan depan je, tempat khas untuk cikgu2 duduk. Tapi, alhamdulillah cikgu2 baik hati pelawa Ummi ngan saya duk kat situ. Masa duduk tu, ada tiga orang cikgu duk sebelah Ummi, masing2 duk ucap tahniah kat Ummi, "tahniah lah puan". Masa saya salam pun diorang cakap benda yang sama, tapi takdelah puan tu. Alaa, ni lagi berdebar ni, tahniah ni untuk sedapkan hati je ke? Saya masetu tak tahu nak rasa apa, nak suka takleh lagi sebab keputusan tak umum lagi. Walaupun result SPM dah boleh check pakai sms, tapi saya lagi suka cara lama, baru dapat feel (haa nak feel sangat, rasalah gelabah tu.)
Lepastu, Cikgu Norliza (kaunselor sekolah) datang kat saya. "Syarifah Anisah, boleh buat ucapan sikit tak? Nanti nak ambik result kena berucap". Halamak, ni yang saya lemah ni. Cikgu tu pun bagilah kertas. Dalam keadaan berdebar cenggitu, idea apa nak tulis semua dah lari nyorok bawah karpet merah kat rumah. Hadehh. "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" haa itulah je idea yang saya dapat untuk tulis kat kertas tu. Saya tak tahu mana nak utamakan masetu, nak hilangkan debar tapi dalam masa yang sama kena siapkan ucapan tu, kalau tak nanti tak tahu pulak nak cakap apa masa berucap. Saya pun pelik masetu, kenapa pulak kena berucap? Memang semua orang kena berucap ke? Dah lama2 sikit tenung kertas tu, adalah sikit2 lagi yang saya tulis. Ayat yang saya tulis tu, semuanya saya dah lama terfikir untuk bagitahu kat semua orang, especially cikgu2 yang banyak berjasa kat saya.
Lepas dah habis ucapan dari Mama (pengetua sekolah), Cikgu Zainab (cikgu Kimia kesayangan hamba) start umumkan result. Result diumumkan start daripada bilangan A's : 6. Means, pelajar2 yang akan dijemput naik pentas bermula daripada pelajar yang dapat 6 A's dan ke atas.Sampai dekat nama2 pelajar yang dapat 10 A's, Cikgu Zainab pun umumkan yang dapat 10 A's terdiri daripada 2 orang pelajar. Saya masatu terfikir, aku ngan Fatini ke? Atau aku ngan Ummu? Sebab kitorang bertiga ni memang pesaing kuat. Ummi pun pandang kat saya, seolah2 macam bagitahu, boleh jadi Anis, boleh jadi tak. Kiranya, part ni paling mendebarkanlah.
Cuba teka nama siapa cikgu sebut? Hehe. Jawapannya, Fatini dan Syafrina (dua2 kelas sama ngan saya). "Pelajar yang mendapat 11 A's terdiri daripada seorang pelajar sahaja iaitu...". Allah, saya dah pikir nak nangis mase ni tapi masih cover2 sebab takut2 apa yang saya harapkan tu tak jadi, kang maluu. "Syarifah Anisah Habit Mustafa". Allahu akbar, saya terus tutup mulut, nangis dehh. Masa ni, sebak sangat sebab saya memang betul2 tak sangka. Saya memang nangis macam budak kecik masetu, teresak2 (eii tak maluu), sampai cikgu2 yang kat sebelah Ummi semua duk pujuk cakap jangan nangis.
Naiklah saya atas pentas tu ngan mata merah2, hidung berair. Sampai kat tangga nak turun, cikgu ingatkan balik suruh bagi ucapan. Tapi alamak! Teks ucapan tertinggal kat tempat duduk (clumsy is me). Cikgu pun tolonglah ambik and hulurkan teks tu kat saya.
"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pertama2 sekali saya mengucapkan syukur ke hadrat Illahi di atas pencapaian yang telah dianugerahkan kepada saya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 terutamanya kepada kedua ibu bapa saya dan kepada guru2 yang telah banyak mendidik saya. Sesungguhnya budi baik dan jasa guru2 akan saya kenang dan ingat hingga ke akhir nyawa, In shaa Allah. Ketahuilah bahawa kejayaan yang dicapai oleh saya ini bukan semata-mata datang daripada usaha saya sendiri tetapi juga dengan berkat doa ibu bapa dan guru. Sekian terima kasih"
Nak turun tu, bertembung ngan Cikgu Zainab. Cikgu ucap tahniah and yang saya paling ingat cikgu cakap kat saya masetu, "cikgu rasa nak nangis, kimia awak A+". Allahu akbar. Allah je tahu macam mana sukanya saya masetu bila dapat banggakan dan gembirakan hati cikgu yang dah banyak ajar kita.
Lepas dah habis majlis, ramai adik2 datang kat saya. Semuanya minta tips macam mana belajar. Tapi, saya masetu di awang-awangan lagi. Saya pun tak ingat macam mana saya belajar, apa yang buat saya dapat straight A's sebab tu kalau sampai sekarang ada orang tanya macam mana? Saya hanya dapat jawab, tu semua rezeki Allah SWT. Kalau dia nak bagi, dia akan bagi. Kun Fayakun, semudah itu bagi Allah.
Tapi bukan semudah itu untuk kita, maka semestinya didahulukan dengan usaha. Saya pun maybe ada beberapa perkara yang nak dikongsikan tapi tak sempat waktu tu, makanya In shaa Allah saya akan share di post akan datang, mungkin tak sempat dengan adik2 yang tanya saya haritu sebab korang pun mesti dah habis SPM dah sekarang, dan mungkin juga tak sempat dengan adik2 yang akan SPM tahun 2018, haha. Maafkanlah, ingat senang ke nak bagi tips? Tips2 cliche yang biasa orang bagi macam buat jadual apa semua tu, honestly saya cakap, saya pun tak buat. Satu je yang saya betul2 ingat saya buat, saya banyak tido. Hehehe. Ish, jangan ambik tips tak betul ni tau.
Tapi bukan semudah itu untuk kita, maka semestinya didahulukan dengan usaha. Saya pun maybe ada beberapa perkara yang nak dikongsikan tapi tak sempat waktu tu, makanya In shaa Allah saya akan share di post akan datang, mungkin tak sempat dengan adik2 yang tanya saya haritu sebab korang pun mesti dah habis SPM dah sekarang, dan mungkin juga tak sempat dengan adik2 yang akan SPM tahun 2018, haha. Maafkanlah, ingat senang ke nak bagi tips? Tips2 cliche yang biasa orang bagi macam buat jadual apa semua tu, honestly saya cakap, saya pun tak buat. Satu je yang saya betul2 ingat saya buat, saya banyak tido. Hehehe. Ish, jangan ambik tips tak betul ni tau.
No comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.