Geranium, saya rindu ❤️
بسم الله الرحمن الرحيم
Flashback: Transkem.
Assalamualaikum geraniums kesayangan saya. Ingat lagi tak
time kita mula2 jumpa? Masa tu transkem, semua kena pakai jubah hitam ngan
tudung labuh putih. Semua nampak sama masa tu. Kita diminta untuk serahkan
phone dan tak dibenarkan berhubung dengan ibu bapa sepanjang transkem. Masatu,
kita semua sedih. Kan geraniums? Pastu kita dibagi2 kan kumpulan. Kita kena
bincang tentang nama kumpulan kita dan kena bentang kat depan semua orang.
Ingat lagi tak? Yang satu kumpulan ngan saya, kita bagi nama group kita KAKTUS
dengan alasan kita nak jadi macam kaktus, walau hidup kat negara panas still
boleh survive.
Untuk sedapkan nama group kita, kita eja kaktus tu dalam
tulisan jawi dan kita letak huruf isti’la’. Semua ni kita rancang secara main2
je tapi itulah yang kita bentangkan juga akhirnya. Bila duk kat depan semua
orang termasuk pensyarah2 untuk bentang pasal nama group kita, kitalah group
banat yang paling teruk dibash. Kita berdiri kat depan tu dekat setengah jam.
Kita diminta tukar nama group kita. Group kita je yang bagi nama pokok; lain
daripada lain. Tapi semua tu jadi memori terindah buat kita, kan geraniums? Sampaikan dah masuk sem terakhir di DQ, perkara tersebut masih menjadi bahan gurauan dan usikan sesama kita.
Geraniums, ingat tak masa kita ada kembara hutan? Sebelum tu
kita kena berlatih kawad kaki supaya serentak sebelum menghadap ustaz aka
komander? Pastu group masing2 diuji dengan soalan; berapa orang ahli kumpulan?
Siapa ahli kumpulan yang paling tinggi? Siapa yang paling pendek? Siapa yang
pakai spek? Siapa yang tak pakai spek? Lagi teruk kena sebut nama sorang2 ahli
kumpulan; walhal kita kenal belum sampai seminggu pun. Bagi kita masatu,
semuanya mustahil. Tapi, kita berjaya, kan geraniums?
Geraniums, ingat tak masa kita kena masuk dalam sungai,
habis basah kasut, stokin, baju dan seluar. Kita diberi biskut sebagai barang
amanah. Kita punyalah beriya jaga supaya tak hanyut air, last2 ustazah/ustaz
yang pecahkan. Masatu kita geram sangat kan?
Geraniums ingat tak kita kena bawak beg galas yang besar
gedabak, berat lain macam sepanjang kembara? Kita gilir2 galas beg tu, kita
saling support. Bukan tu je, sambil2 jalan kita kena hafal satu page ayat
Quran, Visi, Misi dan Moto Darul Quran? Macam tak logik kan? Tapi kita still
boleh buat. Kan geraniums?
Geraniums, ingat tak masa waktu makan atas bukit, semuanya
diminta buang polystyrene dalam timbunan sampah untuk dibakar. Semua akur
kecuali kumpulan KAKTUS; kami beranggapan perbuatan tersebut akan mencemarkan
alam sekitar dan arahan yang diberikan hanya untuk menguji. Rupanya, telahan
kami salah. Sejak daripada peristiwa tu, kami digelar kumpulan sampah kerana
bawak sampah tu kehulu-hilir sampai pulang ke DQ. Masatu kami marah sangat,
tapi sekarang bila teringat, kami akan ketawa kerana lucu memikirkan karenah
kami sendiri. Kan KAKTUS?
Geraniums, ingat tak masa kembara tu jugak, kita kena solat
dengan berlapikkan kotak2, kita berwuduk dengan air sungai. Waktu tu kita
sangat tak selesa. Tapi sekarang kita tahu, itulah yang mengajar kita
kerendahan hati. Kita didenda lompat bintang berpuluh kali depan banin banat
sebab gagal menyelesaikan misi untuk checkpoint. Kita berani pergi dekat api
yang marak tu untuk ambil semula panji kumpulan kita yang dibakar. Beg kita dan
semua kertas2 misi kita dirampas kerana kita cuai; meninggalkan semuanya tanpa
pengawasan. Ingat lagi semua tu geraniums sayang?
Di checkpoint terakhir atas bukit, kita diminta tukar raisah
kerana katanya raisah kita tidak menjalankan tugas. Kita bertegas dengan
pendirian kita tapi, akhirnya terpaksa akur demi melepaskan ahli kumpulan
daripada terus tersekat di checkpoint tersebut. Masa tu kita sendiri keliru,
arahan mana yang perlu dituruti dan yang mana perlu diingkari. Namun, sekarang
semuanya telah berlalu dan kita rindukan segalanya kan, geraniums?
Belum cukup dengan Transkem, kita lalui pula Syabab.
No comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.